30.8.09

AiR mAtA sEoRanG LeLaKi

Assalamualaikum....
Akhinya dapat jugak aku update blog ni...dah lama aku x menaip 'something' dalam 'The Other Side of Me'....maklumlah sejak jadi 'budak senior' kat USM ni,mc2 kerja yg perlu diutamakan....meetg sane sini,class sane sini dll....xpe2..itu lumrah bg seorang yg di gelar pelajar..
Setelah dipikirkan sejak aku bersahur tadi,aku dapat idea untuk 'post' dalam blog aku kali ini...
Kali ini aku akan bercerita cikit ttg Air Mata Seorang Lelaki. Sebelum ni aku ade post entry yang bertajuk Kecantikan Seorang Lelaki'(kalo korg nak baca korang g kat post aku kat bawah tu dlm blog aku r....xkan blog org lain lak)..so ni kesinambungan nya..Hm...Perlukah sesorang lelaki itu menangis?

Melihat seorang wanita menangis, mungkin pemandangan kita terlalu biasa dan menganggap dia terlalu sensitif. Tetapi, bagaimana pula sekiranya seorang lelaki yang terkenal dengan sifat gagahnya meraung disebabkan keegoannya dicabar?

Melihat lelaki mengalirkan air mata akan menyebakan orang lain mengatakan seperti; x gentlement r, hati sensitif,dll...ade gak kaum sejenis yg beranggapan 'air mata lelaki tu MAHAL!'..huhh..
Tapi pendapat aku,kadang2 kita perlu menangis,menagis bukan kerana kita ngada2! tapi menangis untuk menyesali perbutan2 yg telah
kita lakukan pd masa lampau.Menangis utk mendapatkan keampunan kpd ALLAH...menangis untuk mendapatkan kelapangan n ketenangan hati..dan mc2 lagi..

Patutkah kaum adam menahan air mata nya dari mengalir ke pipi semata-mata untuk tidak menjatuhkan keegoannya???Para Rasul pun menangis setiap kali mendirikan solat untuk mendapat keampunan dari ALLAH walaupun mereka adalah ersifat 'maksum' ataupun menyesali perbuatan lalu..ini apa lagi kita...huhuhu...

Bercerita Dengan Nada Hampa
Seorang Lelaki Yang Berputus Asa
Dengan Takdir Tuhan Ke Atas Nasibnya
Memanggil Pulang Sebuah Cinta
Perempuan Yang Dipuja-puja
Berjanji Bersama Dalam Suka dan Duka
Berpaut Cinta Telan Yang Meruntuh Hati
Terselindung Wajah MisterI

Lelaki
Tak Mengerti Perubahan Perasaan
Tak Mengerti Tipudaya Permainan
Seorang Kawan

Lelaki
Tak Mengenal Keikhlasan Semua
Tak Menilai Kata Cinta Dibisikkan
Oleh Misteri

Di Kala Tak Sengaja Tersembunyi Cintanya
Lelaki Jauh Dari Sulitnya
Dia Lelaki Yang Berkurangan
Dalam Sifatnya Dalam Cintanya

Dalam Cintanya
Airmata Seorang Lelaki
Dari Racun Bisa Meruntuh Jiwa
dan Keliru Dalam Persimpangan
Arah Ke Syurga Atau Sebaliknya

(Aku dapat lirik lagu ni dari seorg kenalan lama melalui e-mail..tapi aku x tahu lagu zaman bila n x pernah dengar,so kalo korang ade lagu ni bagi lah kat aku..heheh.yg aku tahu penyanyinya 'GUYS'.)

So,korang yg bergelar lelaki perlu memperbetulkan mentaliti n sifat 'kegentlement' korang tu.... air mata bukan hak milik wanita sahaja,tetapi ia adlah milik kita jugak....alangkah ruginya jika sepanjang hidup korang tidak menagis...that means korang sudah terlepas salah satu kenikmatan yg patut korang rasai dalam hidup.kadg2 kita akan dapat mengenal erti 'KEPUASAN' dengan menangis... huhhu..

WALLAHUALAM....


AMARAN!:mentang2 lah korang dah baca entry ni,korang janganlah pulak ngada2 nak menangis tanpa sebab musabab!lagi-lagi dalam bulan pose ni..kang kurang lak pahala kalo x pon batal lak pose korg! ish2.....




6.8.09

sAtU pErJuAnGaN:generasi ke-11 kepimpinan PPMUSM 09/10


Rahimie
YDP PPMUSM


khalilah
NYDP1
(dakwah tarbiyyah)


husnil
Timbalan NYDP1
(dakwah & tarbiyyah)


iszuwan
NYDP2
(ukhwah-akademik-kebajikan)


Ayuni
Setiausaha Agung


Intan
Setiausaha Organisasi


Qayyum
Bendahari


Abel
Timbalan bendahari


Farid
Setiausaha Eksekutif
jaringan hubungan (networking)

Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (PPMUSM)

adalah gerakan pelajar yang serius bertujuan menyedia dan mengupayakan mahasiswa agar mampu berfungsi di dalam masyarakat.

Dalam masa yang sama PPMUSM terlibat dalam proses islah (perbaiki) masyarakat akar umbi..


PPMUSM adalah wadah untuk KITA berkhidmat dalam masyarakat.
Di sini kita akan menerima sesuatu yang beharga..
Dan apabila kita keluar dari kampus, menjadi kewajipan kita untuk memberi semula kepada masyarakat..

Perjuangan mahasiswa tidak seharusnya terhenti sebaik mereka meninggalkan kampus.
Kita mahu memastikan mahasiswa yang dilahirkan oleh PPMUSM akan terus mencurah bakti kepada masyarakat setelah meninggalkan kampus..


petikan ucapan dasar:
Sedar atau tidak, sebenarnya PPMUSM telah melangkah ke usia 10 tahun setelah dilahirkan semula di bumi USM ini. Sorotan sejarah menceritakan kepada kita banyak gerakan-gerakan Islam kecundang di usia ini. Seharusnya pada usia sebegini PPMUSM telah bersedia untuk melihat kembali kepada matlamat PPMUSM dalam usaha "Mengupayakan kesedaran dan mencetuskan tindakan mahasiswa ke arah memartabatkan identiti serta maruah masyarakat seterusnya menjadi pelapis dan pembela masyarakat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah"......

..... PPMUSM juga seharusnya mengembalikan fungsinya yang sebenar sebagai wadah terbaik dalam menjadi jambatan penghubung antara mahasiswa dan masyarakat. Selari dengan slogan yang selalu diwarwarkan oleh PPMUSM "Dari Masyarakat Kepada Masyarakat'.

from:coretanfisabililah

4.8.09

kEmBaLi LaGi.....

Alhamdulilah....akhirnya aku kembali semula dalam penulisan blog...setelah berehat panjang kira-kira 6 minggu. Berehat kerana ke 'busy' an aku mengalah kan menteri..hehe...sibuk dengan Latihan Industri selama 12 minggu di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara(KEJORA).
Then setelah masuk sem baru,terus dapat projek studio yang memerlukan komitmen yang tinggi untuk menghasilan projek yang berkualiti..insya Allah..lepas tu busy lak ngn 'kerja-kerja persatuan' ditambah lagi dengan laptop yang problem,wireless x boleh connect dan trip ke Tasik Kenyir & Kuala Terengganu yang menyebabkan aku tidak berkesempatan masa menaip 'entri' baru dalam 'THE OTHER SIDE OF ME'....
Tapi sekarang,InsyaAllah aku akan kembali aktif dalam penulisan blog yang akan membawa manfaat kepada semua dan tentu sekali aku akan banyak cerita tentang program2 terkini PERGERAKAN PERKHIDMATAN MASYARAKAT(PPMUSM) yang aku kasihi....

'Sampai jumpa di lain entri'

25.6.09

oH bULaN rEJaB....


Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….

BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) iaitu semalam kita telah memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1430/Isra Mi’raj (Isnin, 20Julai 2009) akan mendapatpahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24,25,26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allahswt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”


Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”

28.5.09

nO bOuNdAriEs

song by KRISS ALLEN(American Idol)
Seconds hours so many days
You know what you want but how long can you wait
Every moment last forever if you feel you’ve lost your way
What if your chances are already gone
Started believing that I could be wrong
But you give me one good reasonto fight and never walk away
Coz hear I am — still holding on!
With every step you climb another mountain
Every breathe it’s harder to believe
You’ll make it through the pain (or through all the aches and pains)
Weather the hurricanes
To get to that one thing
Just when you think the road is going nowhere
Just when you’ve almost gave up on your dreams
Then take it by the hand and show you that you can
You can go higher
You can go deeper
There are no boundaries
Above and beneath you
Break every rule coz there’s nothing between youand your dreams
Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe
There are no boundaries! There are no boundaries!

16.5.09

Toilet Berbentuk Perempuan Berjilbab di Israel


Israel kembali melakukan penghinaan terhadap simbol-simbol Islam.
Media massa Israel baru-baru ini melansir foto sarana buang air kecil yang dikeluarkan sebuah perusahaan di Israel, berbentuk perempuan berjilbab,tempat buang air kecil ini, menurut media massa Israel sangat laris di p asaran Israel.
Sejumlah sumber seperti dikutip Albawaba menyebutkan bahwa bentuk toilet itu memang diarahkan untuk menghina simbol Islam dan kaum Muslimin. Produk pertamanya berasal dari AS dan diimpor ke Israel.
Kini, bentuk toilet seperti ini sangat banyak didapati di Israel.
(na-str/albwb)

23.4.09

bYe SeM 4...




Hari ni hari last aku exam...hari last gak aku kat USM ni tuk sidang ni....terlalu byk kenangan pahit dan manis sepanjang aku bergelar mahasiswa sejak 2 tahun yang lalu.....terlalu cepat masa berlalu...
Sepanjang aku kat sini telah mematangkan aku dlm semua perkara...mematangkan aku menjadi seorang remaja kepada seorang dewasa...seorang yang x tau ape2 kepada org yg banyak tahu tentang perkara...
Kat cini aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada roomate aku Nazri..terlalu byk cerita pahit dan manis yg kita berkongsi bersama-sama...terlalu byk yang dia tolong aku tatkala aku berada dalam kesedihan dan kesusahan.....tatkala dia menjadi tpt berbual n meminta pendapat....n selalu guna kereta dia yang cantik tu...hahah
Hari ini sebelum aku bertolak balik ke kampung aku gi makan ngn roomate aku n kawan chinese seperti ah fak,siah,n ceh wei.Best giler... saat2 terakhir bersama diorang lah katekan.....
Lepas ni aku x tau bile lagi nak jumpe roomate aku n kawan2 dia..begitu gak kawan2 aku yg akan grad lepas ni terutama Ding,Kak Ana,Kak Waheeda n Asma fIzik...selamat maju jaya semua...
Semoga kalian semua sentiasa bahagia n dapat mengecapi impian kalian semua......
Kepada kawan2 aku yg sealiran,jumpe lagi next sem...lepas ni aku jadi senior.hahaha..oh yer..jgn lupe doakan kejayaan praktikal aku kat salah satu 'construction firm' kat johot cuti sem ni..bye..see u next sem...

15.4.09

pEnGhArGaAn UnTuK 'my bro n my sis'

Sekarang musim exam tgh melanda sume IPTA teramasuk lah USM ni....penghujung sem pun hampir melabuhkan tirainya.Lepas ni ramai lak member2 aku yang akan grad lepas ni termasuklah 'my bro n my sis' ni...so aku nak citer cikit r pasal diorang ni coz byk pengalaman yang aku ngn member2 aku dgn 'diorang'sume....so kiranya entri kali tuk bagi penghargaan kat diorang r..hahah

Ha...ni lah abg angkat aku...kitorg panggil Abg IzAt...1st time aku kenal dia semasa aku mula2 joint PPMUSM dan dia berjaya 'tarik' aku ngn member2 lain tuk kekal dlm PPM...thanks abg Izat...bekas mantan YDP PPMUSM...kitorg byk belajar dengan dia ttg pelbagai perkara termasuklah gerak kerja,agama,isu semasa dll...seorang yg kelakar n kadang2 sempoi..(haha)..family dia gak merupakan family angkat aku semasa MBM thn lepas ...
alhamdulillah..perhubungan tu still sampai sekarag...Rindu lak kat Mak n Abah,,heheh
Sekarg ni jadi ustaz sandaran sementara menuggu tuk posting jadi 'ustaz biologi'...good luck abg izat.

dari kiri:Ding,Saiful,Zaidi
Ding:seorang yang simple,kelakar n bile cakap Tgganu,slang nye memang pekat...haha..antara org yang rapat ngn aku...gi Guar Lobak same2..g umah Mak Ngah kat Yan,dinner same2 dll...dia ni memang mementingkan UKHWAH antara kami2 ni...then lepas ni dia kan jadi 'Engineer';..insya ALLAH...semoga impian tercapai..lagi satu teringat lak aku mase kita main bowling ari tu.(sape lah yg terbaling bola bowling kat belakag kan...malu giler..jatuh saham..hahah)

Saiful:berasal dari negeri 'Kelate'..dia ni kadang2 tegas dlm gerak kerja..maklumlah YDP..tapi yg kelakarnye bile dia nak serius jer..ktorg akn tersenyum coz mimik muka dia yg melucukan..mempunyai perangai yg 'giler2'....tapi dia ni kadang2 pandai gak bergossip..hahah. dia ni ade sifat 'leadership' lebih2 lagi semasa bagi motivasi kat sekolah2..sume adik2 suke kat dia...tapi yg aku pelik nye,setiap kali wat program kat sekolah,adik2 akan cakap 'Abg Saiful tu handsome r..'geram gak yg lain ni dengar..agknye adik2 ni rabun kot...pada hal aku lagi encem n hot lak tu..haha...

Zaidi:dia ni menjadi tempat rujukan bagi kami2 ttg hadis,isu agama n doa2...coz dia ni byk bace buku2 yg berkaitan agama..bagus2..kalo org yg x rapat ngn dia mesti kate dia ni pendiam..tapi bile aku dah rapat,Ya ALLAH hanye Tuhan je yg tau peranagai 'giler dia'...haha.

Abrar:sorry gambar hang x de kat cini..ade masalah cikit mase upload..kwn baik aku sorg ni merupakan exco PPM..dia ni bagus n kuat gak membebel...kadang2 sakit gak telinga aku,Rahimi n Ding dengar..tapi best r...membebel tuk ingatkan diri masing2...sgt2 betggungjwb.. tapi dia ni boleh tahan gak penyebar berita..sampaikan kitorg gelarkan dia 'PAPA JARUM'..hehe.jgn marah Abrar...ade yg x leh aku lupe bile dia cakap salah seorg MT ni dah bertunang(sape lah org tu kan...)....ye lah aku percaye....sampai org yg empunye diri marah..hehe tapi tu sume kenangan..memg best giler kalo teringat balik

dari kiri:waheeda,Kak Lillah,Farhana,Fairuz,Asma
Waheeda:bakal kerja dlam bidang 'Human Resource' ni mempunyai satu minat yg pelik n ajaib..nak tau x dia ni minat giler ngn binatang PENGUIN..n tah lah..byk2 binatg kat muka bumi ni,binatg tu gak yg dia minat...sampai name pun tukar jadi BELLA PENGUIN...haha.Seorg yg kelakar giler n suke menyakat org...bagus2...teruskan perjuangan anda..hahah

Kak Lillah:dia ni sebenarnye sebaye ngn aku..tapi aku ngn geng2 aku panggil dia Kak sebab dia ni matured berbanding ngn usia...lagipun kitorg sgt2 suke n terkesan bile wat program motivasi kat sekolah...pendekatan yg dia bwk memg lain dari yg lain...byk 'benda' yg kami belajar dari dia..tapi dia ni kalo nak tau pandai gak bergossip-gossip ni(jgn bg tau org tau)..boleh dikatakan ketua gossip gak lah dlam kumpulan serikandi2 dlm PPM ni..haha..jgn marah kak...

Farhana:suke sgt senyum...x kisah lah kalau perkara tu sedih ker..tetap murah ngn senyuman..bagus2...hehe..nasib baik dia x senyum sorang2,kalo x mesti org lain anggap dia ni.....(faham2 sendiri lah kan....)hahah.dia ni kalo meetg mase gerak kerja suke bile dia cakap'TOLONG MINIMUMKAN KOS PENGELUARAN YER!!!'..haha..mentang-mentanglah jadi Bendahari...hehehe.so sape nak jadi accountant bertauliah lepas ni boleh lah belajar ngn dia..hehe..jgn marah...

Fairuz:seorg yg tegas dlam gerak kerja n sangat2 jujur..kalo x puas hati dia kan cakap terus terang..bagus..tu yg aku n geng2 aku suke coz nampak lah objektif sebenar yg nak dituju bile wat satu2 program tu..dlm ketegasan ade gak kelembutan...kalo kwn dia suke senyum,dia ni lak suke ketawa...bagus2.tuk kesihatan...

Asma:memg pakar dlm bidang 'Fizik' ni merupakan seorang yg lemah lembut...dia ni kadang2 pembawa gossip...suke korek rahsia org..haha..tapi gossip2 yg membawa kebaikan tuk semua lah...

Ha yg sebelah Fairuz ni lak kitorg panggil dia Nini...exco PPM...
antara org yang agak rapat dikalangn serikandi2 PPM ni..x penah tgk dia marah..tapi sangat bertggungjawb bile diberi amanah lagi2 mase wat prograg KASEH ari tu..bagus2...tapi dia ni gak suke korek rahsia org..kalo dapat tau..abis lah sume warga PPM tau..hehe..tapi rahsia2 tuk mempertingkatkan diri lah..bagus2..

Ok lah...so kesempatan disini aku nak mintak maaf kat kalian semua sepanjg kita bergrak kerja n mintak maaf gak andai entri kali ni ade korg x puas hati.hehe..entri kali ni sebagai penghargaan tuk kalian semua sebelum kalian grad..maklum lah kebanyakkan dari kalain akan tgglkn U ni,ade yg dah abis,ade yg tggl 1 sem lagi n ade yg tggl 1sidang lagi..memandangkan aku x tau nak bagi ape..so entri ni lah sebagai gantinye..hopefully kalian akan selalu bahagia n dapat mencapai impian masing2..segala kenangan yg dilalui bersama adalah kenanagan yg terindah dalam hidup yg x mungkin akan aku dapat lupakan...perkenalan dgn kalian membawa aku kepada anjakan paradigma yg x penah aku sangka2...aku berharap UKHWAH yg terjalin ini akan kekal sampai bile2..andai kata kita tiada jodoh dipertemukan di muka bumi selepas perpisahan ini,aku doakan semoga kita dipertemukan di SYURGA yg kekal selama-lamanya...insya ALLAH..lastly aku nak cakap:TERUSKAN PERJUANGAN N SALAM UKHWAH..
YOU ARE ALWAYS IN MY MIND

8.4.09

gOoD LuCk........


Jam menunjukkan hampir satu setengah pagi...aku lak still duk dan menelaah buku 'land admin' dan pegang beberapa helaian soalan past year...Aaarghh!!!tension giler..lagi2 study pasal law ni... Mggu ni adalah 'study week'..sume student demam..demam exam r katekan..aku je yg x demam2.. sebab tu lah agaknye study punye study x gak masuk dalam kepala otak aku ni..'apelah dosa ko ni wan oi!'.susah jadi manusia yg bernama ' mohd iszuwan' ni..suka study last2 minute..

Nak wat cam ne..x sempat study..busy ngn assgmt r,project,proposalnye lain,meetg sane sini,dll..so aku study sambil wat assgmt ngn project r..nak bersosial ngn member2 jauh sekali..bile wat kerja in grouping tulah yg dikatakan sosial.Sambil siapakn tugasan,time tulah kitorang bercerita,lepak,makan sama2,gossip(ingat lelaki x pandai gossip?) dll.Huhuhu...

Byk 'benda' yg perlu aku khatamkan sebelum kaki ini melangkah ke dewan exam...xpe2 wan...masih ade mase lagi...walaupun aku ni x lah sehebat 'Albert Einstein',tapi aku yakin aku leh wat lebih baik dari exam2 yg lepas...'alah wan,kate nak jadi construction manager lah,nak jadi consultant lah tau pembida hartanah lah'...'so this is the 1st step tuk mencapai impian ko yg menggunung tu Wan oi!!!'

Ok2 lah..aku pun x tau ape yg aku merapu ni..actually entri kali ni aku nak wish good luck
kat member2 aku...x kisah lah coursemate ke,course2 yg lain ker,junior ke,senior ke,budak2 cina ke,india,international student kat hbp ni,atau member2 lame aku yg ade kat UPM,UPSI,UTM,UM,UUM dan mcm2 U r yg ade kat Malaysia ni..Wish ni gak tuk member2 aku yg ade kat poli,ILP,maktab atau mane2 IPT n sape2 yg kenal aku yg akn exam dlm mase terdekat ni...semoga kalian semua diberi petunjuk oleh Allah n dilapangkan dada untuk menjawab soalan2 exam n seterusnya dapat result yg terbilang k....mintak maaf 0-0...semoga dapat menjawab soalan ngn mudah..bye...

"GOOD LUCK FOR THE EXAM"

#blogger ini akan berehat seketika dari penulisan blog untuk memberi laluan kepada study n exam...Insya-ALLAH...semoga dipermudahkan oleh-NYA..Amin...

5.4.09

kU hAnYa bErSuJuD PaDa-MU


song by:mawi feat KRU

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…


1.4.09

tHaNkS 2 mY aMaZiNg FrEnZ....

Ni adalah hasil nukilan seorang sahabat saya...dia wish birthday...bukan birthday saya tapi birthday MY BLOG...hehe..time kaceh kak...dia tulis kat blog dia..blog dia tu private..hanya org tertentu jer leh bukak..so dia izinkan saya copy ni tuk tatapan umum..hehe..i'm so appreciate of u...thanks a lot..
MySpace

kek octopus yg comel... mcm wan juga..
hehe..

ekceli ni bukan hadiah utk wan..
tapi utk blog wan... yg menyambut birthday 1 thn

wan jgn link ke blog ni tau.. kalau nak article ni copy je.. ni blog peribadi akk..huhu

first of all, akk nak introduce this wonderful adik to my readers..
wan ni sebenarnya sebaya ngan lillah.. tapi wan & the gang panggil lillah kakak sbb respect pd senior.. so jadi akk la ye saya ni..
:p

wan ni orgnya baik hati..
mcm blognya..
dia ni sgt caring thdp org lain..
sgt sweet mcm blognya..
sentimental..
sgt bertanggungjawab.. tu sbb akk suka kerja ngan wan.. sgt2 membantu..
sgt hardworking..

dan yg plg sukar dicari ganti ialah..
wan ada fikir umat..
mahu berkhidmat & berbakti utk masyrkt..
wan suka belajar..
merendah diri..
diam2 ubi berisi..

hm..
1 wonderful things about him ialah dia berjaya menjinakkan adik2 yg brutal2 semasa kami pergi program..
adik2 tu dapat rasakan yg wan ni sgt ikhlas dgn deorang..
wa... akk terharu tau.. :')

moga wan terus kuat dlam melangkah.. moga wan mencapai segala impian wan.. moga menjadi anak yg soleh.. doa akk akan selalu mengiringi wan..

30.3.09

~kEcAnTiKaN sEoRanG LelAki???~


Ha..ni aku nak citer cikit pasal 'kecantikan seorang lelaki'. Korang ingat golongan hawa jer yang boleh dipanggil cantik...selama ini kita di sogokkan jika lelaki itu cantik mesti dia tu...(paham-paham sendiri lah kan..). Kecantikan bagi sesorang yang bergelar lelaki bukanlah terletak pada sifat fizikalnya tetapi adalah pada nilai-nilai murni dan sifat yang ada pada dirinya. So ni antara main point yang perlu korang alert:MySpace


1)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
2)Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan
3)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
4)Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia
5)Sentiasa saling bertoleransi sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah S.W.T.
6)Lelaki yang tenang dan lapang dada
7)Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas
8)Lelaki yang tak pernah putus asa
9)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
10)Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.

Bukankah semua sifat2 ini adalah antara sifat Rasulullh yang patut dicontohi oleh umat sejagat.Semoga aku dan korang yang bergelar lelaki akan menjadi lelaki yang cantik dikalangan yang tercantik walaupun x handsome(heheh)...so,changed your mind k!!!!

"kecantikan adalah hak milik setiap insan"

28.3.09

aNtArA kErIsAuAn & AmaNaH


Antara kerisauan dan amanah...huhu.Dua persoalan yang selalu membelenggu fikiran aku sejak seminggu kebelakangan ini. Mujur aku busy ngn assignment dan project yang hendak submit hujung2 sem ni..kalo x mesti aku asyik terbayang aje. Tapi kadang-kadang 2 persoalan ini datang secara tiba-tiba tanpa aku 'memintanya'...aah..kalau ikutkan hati mahu saja aku buang 'benda' ni supaya ia x semakin berserabut dalam kepala aku..aku pon ade menelefon Cikgu lama aku tuk meminta nasihat dari padanya..cukuplah sekadar aku kenalkan dia sebagai Ustaz K(bukan Datuk K yer)......

aku:A'kum Ustaz...
ustaz K
:Wslam Wan..lame x dengar cerita dah dekat sebulan dah...ni mesti ade cerita ni kan(bla..bla...)

aku
:(bla..bla...)saya memang dalam dilema sekarang Antara kerisauan@kegusaran dan amanah..

ustaz K
:ape yang Wan risaukan???

aku
:(bla..bla..bla...)ye r Ustaz,saya takut untuk menerima jawatan tu..jawatan itu terlalu tinggi bagi saya dan saya perlu pegang bahagian berkaitan ukhwah pulak tu....


Ustaz K:Wan jgn risaulah,Ustaz yakin Wan dapat memikul amanah tersebut kerana bukan manusia yang memutuskan segala-galanya.Ini semua adalah kerja ALLAH..DIA memberi hidayah kepada 'mereka' untuk memilih Wan...mungkin Wan adalah orang yang terbaik dikalangan yang terbaik...
aku:Saya takut jika tidak dapat buat yang terbaik...
ustaz K:Ustaz yakin..Wan dapat lakukan..jika kita asyik fikir masalah itu,bila lagi kita nak 'explore' yang ade dlm diri kita.Lagipun Wan memg peramah dan penyayang sampaikan semua org kat sekolah dulu suke kat Wan.Lagi pun Wan kan dulu aktif mcm2 persatuan dan mcm2 jawatn pernah pegang...so ini adelah mase tuk gunakan segala 'softskill' yg ade berdasarkan pengalaman yg lalu....
aku
:tapi....(bla..bla..bla.....)

ustaz K
:Percayalah tiada seorang yang dilahirkan di muka bumi ini adalah sempurna..setiap manusia ade kelebihan masing2 dan gunakanlah kelebihan tersebut bukan sahaja tuk diri kita tapi tuk org lain..lagipun inilah masanya tuk kita berjuang dan berdakwah..Wan juga pernah cerita ngn Ustaz yg 'pergerakan' ini merupakan platform terbaik tuk lebih mengenali diri sendiri...dan dapat belajar ttg KASIH SAYANG,CINTA,KEHIDUPAN REALITI MASYARAKAT dll...inilah mase yg tepat tuk kita dekatkan hati kita kepada masyarakat yg memerlukan coz mungkin Wan x dapat peluang mcm ni bila kaki melangkah masuk ke alam pekerjaan kan..(bla..bla..bla....)

aku:Betul Ustaz(bla..bla..bla...).Thanks byk kerana byk bagi semangat kat Wan tuk meneruskan hidup ini sebagai khalifah dimuka bumi ini.I'm so appreciate of you(bla..bla..bla...)
ustaz K:Same2...ustaz selalu doakan kejayaan Wan.Ingat kalau ade ape2 Ustaz sudi menjadi pendengar(bla..bla...)
MySpace

38. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.


39. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(At-Taubah 9:38-39)