Showing posts with label heart. Show all posts
Showing posts with label heart. Show all posts

22.2.10

MBM:terbinanya ukhwah atas perjuangan menjadi aktivis@da'ie


Bismillahhirrahmanirrahim.....
Alhamdulillah...program Mahasiswa Bersama Masyarakat(MBM) telah berjaya dilaksanakan selama 9 hari (termasuk Kem Persediaan Peserta@KPP) dari 12 feb-20 feb 2010. Mega projek ini dilaksanakan di kg. nelayan: Kg. Raja Bashah,Kuala Kurau,Perak...
Ini ada beberapa gambar sepanjang kami ber'MBM' disana..byk pengajaran,pengalaman dan sofkskill yg kami dapat:

ini lah dia Farhan...antara yg paling ptg dlm MBM ni..sebagai Pengarah Projek vs Ketua Kg.(komuniti kecil). Caiyya r....sgt2 berwibawa dlm menjalankan amanah yg diberi


jom mkn siput kat umah mak angkat qayyum....sedapnye duk tepi sungai
bila 4 dara duk tepi sungai....beginilah jadinya....
semasa membuat pemetaan komuniti
setelah membuat pemetaan komuniti,kami pun wat POA(plan of action)
beginilah keadaan kpg sepanjg kami berprogram disini
semasa tanam pokok bakau..walaupun 1st time n susah@geli,tapi sgt memberi byk pengalamn n pengajaran
semasa wat program motivasi kepada adik2 di kg. tersebut.
abg wan(aku): adik-adik!!!!!
adik-adik:ALHAMDULILLAH!!!!!
bestnye tagline ni...still teringat sampai sekarg..;)
beziarah rumah ke rumah mak angkat masing2....nak rapatkan ukhwah
mendengar dialog ttg isu2 nelayan serta pandangan kami sebagai ttg isu berkenaan dlm konteks mahasiswa
wat program sukaneka bersama org kpg..cepat!!!!nak hadiah x....
di saat majlis perpisahan sebelum kami bertolak balik USM...sedihnya....tapi x pe bermulanya ukhwah kita disini tidak bermkana ukhwah kita juga berakhir disini.....

Ada beberapa perkara yg menyebabkan hati saya begitu bahagia@tenang sepanjang program dan sesudah program tamat:
  1. ukhwah yg terbina antara peserta dgn peserta dan antara peserta dgn penduduk kpg sgt2 rapat seperti sudah lama kenal....walaupun ada beberapa peserta dari IPTA(UNISEL,UUM,UPSI,IPTB) yg lain yg baru 1 st time joint.
  2. 1st time dlm sejarah MBM buat di perkampungan nelayan. Byk pengajaran ttg isu maslah nelayan yg kami ketahui serta keadaan fizikal di kawasn tersebut....
  3. kami bukan shj menitikberatkan objektif sepanjg program,tetapi juga mengutamakan pemahaman bagaimana mahu bergerak kerja dlm masyarakat di samping menjaga batas2 pergaulan...segala program n objektif berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.Alhamdulillah...

ukhuwwah (yg terjalin antara seorg mukmin dgn seorg mukmin yg lain) mestilah menjadi hubungan yg membawa mereka kpd ketaatan kpd ALLAH sbg membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:
"Sesiapa yg ALLAH ingin kurniakan kebaikan kpdnya nescaya ALLAH mengurniakan kpdnya seorang teman setia yg soleh,jika sekiranya dia terlupa(lalai), dia menolong memberi peringatan dan apabila(temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya."
teman setia yg baik spt inilah yg dimaksudkan oleh Saiyidina Umar Bin Al-Khattab yg menyatakan:
"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mrk kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan"

#jika mahu lihat lebih banyak gambar2 kami,mai r click kat facebook saya dlm blog ni ataupun add blog Ppm Usm

25.6.09

oH bULaN rEJaB....


Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….

BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) iaitu semalam kita telah memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1430/Isra Mi’raj (Isnin, 20Julai 2009) akan mendapatpahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24,25,26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allahswt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”


Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”

28.5.09

nO bOuNdAriEs

song by KRISS ALLEN(American Idol)
Seconds hours so many days
You know what you want but how long can you wait
Every moment last forever if you feel you’ve lost your way
What if your chances are already gone
Started believing that I could be wrong
But you give me one good reasonto fight and never walk away
Coz hear I am — still holding on!
With every step you climb another mountain
Every breathe it’s harder to believe
You’ll make it through the pain (or through all the aches and pains)
Weather the hurricanes
To get to that one thing
Just when you think the road is going nowhere
Just when you’ve almost gave up on your dreams
Then take it by the hand and show you that you can
You can go higher
You can go deeper
There are no boundaries
Above and beneath you
Break every rule coz there’s nothing between youand your dreams
Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe
There are no boundaries! There are no boundaries!

5.4.09

kU hAnYa bErSuJuD PaDa-MU


song by:mawi feat KRU

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…


28.3.09

aNtArA kErIsAuAn & AmaNaH


Antara kerisauan dan amanah...huhu.Dua persoalan yang selalu membelenggu fikiran aku sejak seminggu kebelakangan ini. Mujur aku busy ngn assignment dan project yang hendak submit hujung2 sem ni..kalo x mesti aku asyik terbayang aje. Tapi kadang-kadang 2 persoalan ini datang secara tiba-tiba tanpa aku 'memintanya'...aah..kalau ikutkan hati mahu saja aku buang 'benda' ni supaya ia x semakin berserabut dalam kepala aku..aku pon ade menelefon Cikgu lama aku tuk meminta nasihat dari padanya..cukuplah sekadar aku kenalkan dia sebagai Ustaz K(bukan Datuk K yer)......

aku:A'kum Ustaz...
ustaz K
:Wslam Wan..lame x dengar cerita dah dekat sebulan dah...ni mesti ade cerita ni kan(bla..bla...)

aku
:(bla..bla...)saya memang dalam dilema sekarang Antara kerisauan@kegusaran dan amanah..

ustaz K
:ape yang Wan risaukan???

aku
:(bla..bla..bla...)ye r Ustaz,saya takut untuk menerima jawatan tu..jawatan itu terlalu tinggi bagi saya dan saya perlu pegang bahagian berkaitan ukhwah pulak tu....


Ustaz K:Wan jgn risaulah,Ustaz yakin Wan dapat memikul amanah tersebut kerana bukan manusia yang memutuskan segala-galanya.Ini semua adalah kerja ALLAH..DIA memberi hidayah kepada 'mereka' untuk memilih Wan...mungkin Wan adalah orang yang terbaik dikalangan yang terbaik...
aku:Saya takut jika tidak dapat buat yang terbaik...
ustaz K:Ustaz yakin..Wan dapat lakukan..jika kita asyik fikir masalah itu,bila lagi kita nak 'explore' yang ade dlm diri kita.Lagipun Wan memg peramah dan penyayang sampaikan semua org kat sekolah dulu suke kat Wan.Lagi pun Wan kan dulu aktif mcm2 persatuan dan mcm2 jawatn pernah pegang...so ini adelah mase tuk gunakan segala 'softskill' yg ade berdasarkan pengalaman yg lalu....
aku
:tapi....(bla..bla..bla.....)

ustaz K
:Percayalah tiada seorang yang dilahirkan di muka bumi ini adalah sempurna..setiap manusia ade kelebihan masing2 dan gunakanlah kelebihan tersebut bukan sahaja tuk diri kita tapi tuk org lain..lagipun inilah masanya tuk kita berjuang dan berdakwah..Wan juga pernah cerita ngn Ustaz yg 'pergerakan' ini merupakan platform terbaik tuk lebih mengenali diri sendiri...dan dapat belajar ttg KASIH SAYANG,CINTA,KEHIDUPAN REALITI MASYARAKAT dll...inilah mase yg tepat tuk kita dekatkan hati kita kepada masyarakat yg memerlukan coz mungkin Wan x dapat peluang mcm ni bila kaki melangkah masuk ke alam pekerjaan kan..(bla..bla..bla....)

aku:Betul Ustaz(bla..bla..bla...).Thanks byk kerana byk bagi semangat kat Wan tuk meneruskan hidup ini sebagai khalifah dimuka bumi ini.I'm so appreciate of you(bla..bla..bla...)
ustaz K:Same2...ustaz selalu doakan kejayaan Wan.Ingat kalau ade ape2 Ustaz sudi menjadi pendengar(bla..bla...)
MySpace

38. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.


39. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(At-Taubah 9:38-39)

14.3.09

cOnGrAtULAtIoN!!!!


Baru2 ni kuar result STPM...tiba2 jer teringat kisah 2 tahun lepas....
Malam sebelum ambil result,punyelah takut..sampai x boleh nak tido.Berkali-kali gak aku solat sunat n mcm2 solat sunat aku wat...time tu gak telefon x putus-putus menerima panggilan kawan2 seangkatan dek kerana kegurasan kami.Tu belum ngn SMS lagi..mlm tu gak top up aku habis.Huhuhu...sampailah ke pagi..aku sempat tido 3 jam...hanya TUHAN jer yg tahu mcm ne risaunye aku nak ambil keputusan sok...
Tiba sok hari,pagi2 lagi member baik aku Jamal telefon...dia ajk aku amik result petg,lewat cikit dari member2 yg lain dan dia mahu kami ambil result senyap2..x nak bagi tahu member2 yg lain..dari pagi sampai lah selepas aku amik result telefon x pernah2 putus berdering...sume member2 n org yg mengenali aku nak tahu result aku...
Selepas solat zuhur,aku ngn Jamal pon naik moto ke sekolah..wah degupan jantg semakin kencang..mcm nak pengsan pon ade time tu..tibe jer kat pagar sekolah,terserempak dengan seorg cikgu ni...dia tgk muka aku dengan muka yang masam dan bengis...tiba2 dia mengeluarkan kata2 yg aku x nak dengar...'wan!!!ape dah jadi ngn awak ni?????apesal teruk sangat??????'aku terdiam n peluh mula membasahi dahi aku...aku terus menuju ke bilik tuk terima result...sampai jer aku terus didakap oleh guru kaunseling..'wan,TAHNIAH!!!'.. ha???mane satu ni?/??result aku teruk ker ok ni????
Aku pun amik result tu dari tangan Cikgu Raihan...sebelum buka Cikgu Raihan ucapkan tahniah kat aku..ini menyebabkan aku excited tuk buka slip walaupun aku risau giler samapai tahap nak migrain!!!ALHAMDULILLAH....aku dpat keputusan yg memberangsangkan dan menepati sasaran.Syukur sangat2 time tu..mulut aku x berenti2 kumit mengucapkan syukur kepada ILLAHI....MySpace
Lantas aku menelefon semua guru2 aku termasuk Cikgu Natizah dan Cikgu Faisal kerana beliaulah aku berjaya....family aku gak....dan time tu aku dengar semua kelas aku yang hanya mempunyai 14 student lulus penuh(prinsipal).
Kini masing2 sudah melanjutkan ke menara gading...kelas aku semua masuk..ALHAMDULILLAH..x sia2 kami belajar bersama2..kongsi suka n duka di dalam kelas..tapi separuh dari kelas aku sekarg belaja kat UPSI...wah ramainye jadi cikgu..aku jer terselit sorg2 kat USM ni..huhu...
Tinggal hanya 1 tahun atau 2 tahun jer kami nak graduate..INSYAALLAH...impian semakin menjadi kenyataan....so guys...good luck and all the best....

5.3.09

nAwAitU

Tuhan berikanlah aku
Pada jalan yang ENGKAU tunjuki
Pada mereka yang ENGKAU beri
Begitulah juga aku

Apakah aku yang terleka
Apakah aku yang tidak tahu
Di dunia ini jalan berliku
Ku pohon petunjuk Illahi

Oh Tuhanku
Aku percaya pada segala
Ranjau kehidupan ini
RahmatMU luas tak terhingga
Aku insan yang masih mencari
Akan ku tempuhi
Segala dugaan

Mereka mentertawakan aku
Sumber yang KAU ilhamkan kepadaku
Yang ku berikan pada mereka
Mengapa tidak diikhlaskan
Panjatkan syukur padaMU ya Rahman
Oh Tuhanku redhailah hidup ini

Kini aku bersama mereka
Berdamping dan bercita-cita sama
Kemesraanku kian terhimpit
Begitulah selalunya aku....:-)

24.2.09

pErAsAaN bErKeCaMuK....


Aku tak tahu apa yang aku fikir dan buat sejak akhir-akhir ini adalah betul.Apakah semua tindakan yang aku lakukan disenangi orang lain walau hati sendiri yang terluka????Ya ALLAH....bantulah hambamu yang lemah ini.Banyak perkara yang perlu aku fikirkan.Assignment....x payah cakap lah...selagi aku & coursemate bergelar student HBP(hantu balik pagi@high blood pressure),selagi itulah ia x pernah khatam yang sentiase membuat kepala aku berserabut..Tu belum dengan projek,report,&presentation....Semua nak submitte pada masa yg same....ya ALLAH lapngkanlah masa ku ini....

Mgkin kerana kecemburuan masa menyebabkan sikap aku lebih agresif,nak cepat marah,naik angin,kadang2 pendiam dan suka bersendirian.Tu belum dengan individu2 yg cuba ambil kesempatn,mementingkan diri sendiri dan membuat aku naik angin!mase yg same gak berfikir tentang masalh family,DIRI SENDIRI dan PERMASALAHN HATI...ya ALLAH..byk nye dugaan dan cabaran yang KAU timpakan keatas diri ini dalam waktu yang sama..Kadang2 aku x sanggup hendak menanggung semua ini bersendirian...

Nak luahkan,x tau org yg sesuai yg boleh membimbing n aku percayai....kadang2 sampai aku give up untuk meneruskan hidup ini..Astaghfirullahalazim...mengucap WAN!!!
Tapi aku gak manusia biasa..Ya ALLAH,aku mohon kepadaMU lapangkan lah dadaku dan berilah petunjuk untuk aku meneruskan hari2 mendatang dengan hidayahMU ya ALLAH....hanya KAU tempatku mengadu..berilah aku secebis cahaya kebahagiaan dan ketenangan sebelum KAU mengambil aku untuk selama-lamanya...berilah aku peluang untuk aku merasainya walau sekali......:(

23.1.09

kAwAn vS cInTa>>>




Satu hari CINTA & KAWAN berjalan-jalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa???
Kerana CINTA itu buta...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga....
Kenapa???
Kerana....
KAWAN akan buat apa saje demi CINTA!!!
Didalam telaga CINTA hilang....
Kenapa???
Kerana....
CINTA itu halus,mudah hilang kalau tidak dijaga...
Sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA...
Dan terus menunggu....
Kenapa???
Kerana...
KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia...