Showing posts with label thinking. Show all posts
Showing posts with label thinking. Show all posts

7.3.10

siapa KITA???

KITA SEBENARNYA!!!!

.....lebih gembira menyambut 1januari daripada 1 Muharram!
.....lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal!
.....lebih membesarkan hari Sabtu & Ahad daripada hari Jumaat!
.....lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan!
.....lebih suka lepak,tidur,tgk TV..dll daripada Solat & Mengaji!!!
.....lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi ALLAH!!!
.....lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum!
.....lebih suka menyanyi dangdut,rap,hip hop...dll daripada berwirid atau bertahmid!!!
.....lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri!!!
.....lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama!!!
.....lebih suka ke konsert,karaoke daripada ke ceramah agama!!!
.....lebih suka memaki,mengumpat orang daripada memuji mereka!!
.....lebih suka mencarut,@#*@!! daripada menyebut MasyaALLAH!!
.....lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan!
.....lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita!
.....lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat!!


TETAPI bila ditanya arah tujuan kita,kita pasti akan jawab bahawa....
KITA SEBENARNYA.....lebih suka menuju ke SYURGA daripada NERAKA!!!
Layakkah kita dengan SYURGA milik ALLAH????????

p/S:inilah yg boleh aku rangkumkan ttg persoalan Siapa Kita???yg selalu berlegar-legar difikiran aku sejak sekian lama...setelah aku berada di dalam Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat(PPM USM) selama 3 tahun, akhirnya aku dapat rumuskan seperti apa yg aku paparkan di atas.....bersama rujukan di kiub PPM.....


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL....;)

21.10.09

Latest: 35 sejadah mendirikan solat!!!!_(ALLAHUAKBAR......)



Okt 21, 09 6:29pm


Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA

30.3.09

~kEcAnTiKaN sEoRanG LelAki???~


Ha..ni aku nak citer cikit pasal 'kecantikan seorang lelaki'. Korang ingat golongan hawa jer yang boleh dipanggil cantik...selama ini kita di sogokkan jika lelaki itu cantik mesti dia tu...(paham-paham sendiri lah kan..). Kecantikan bagi sesorang yang bergelar lelaki bukanlah terletak pada sifat fizikalnya tetapi adalah pada nilai-nilai murni dan sifat yang ada pada dirinya. So ni antara main point yang perlu korang alert:MySpace


1)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
2)Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan
3)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
4)Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia
5)Sentiasa saling bertoleransi sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah S.W.T.
6)Lelaki yang tenang dan lapang dada
7)Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas
8)Lelaki yang tak pernah putus asa
9)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
10)Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.

Bukankah semua sifat2 ini adalah antara sifat Rasulullh yang patut dicontohi oleh umat sejagat.Semoga aku dan korang yang bergelar lelaki akan menjadi lelaki yang cantik dikalangan yang tercantik walaupun x handsome(heheh)...so,changed your mind k!!!!

"kecantikan adalah hak milik setiap insan"

28.3.09

aNtArA kErIsAuAn & AmaNaH


Antara kerisauan dan amanah...huhu.Dua persoalan yang selalu membelenggu fikiran aku sejak seminggu kebelakangan ini. Mujur aku busy ngn assignment dan project yang hendak submit hujung2 sem ni..kalo x mesti aku asyik terbayang aje. Tapi kadang-kadang 2 persoalan ini datang secara tiba-tiba tanpa aku 'memintanya'...aah..kalau ikutkan hati mahu saja aku buang 'benda' ni supaya ia x semakin berserabut dalam kepala aku..aku pon ade menelefon Cikgu lama aku tuk meminta nasihat dari padanya..cukuplah sekadar aku kenalkan dia sebagai Ustaz K(bukan Datuk K yer)......

aku:A'kum Ustaz...
ustaz K
:Wslam Wan..lame x dengar cerita dah dekat sebulan dah...ni mesti ade cerita ni kan(bla..bla...)

aku
:(bla..bla...)saya memang dalam dilema sekarang Antara kerisauan@kegusaran dan amanah..

ustaz K
:ape yang Wan risaukan???

aku
:(bla..bla..bla...)ye r Ustaz,saya takut untuk menerima jawatan tu..jawatan itu terlalu tinggi bagi saya dan saya perlu pegang bahagian berkaitan ukhwah pulak tu....


Ustaz K:Wan jgn risaulah,Ustaz yakin Wan dapat memikul amanah tersebut kerana bukan manusia yang memutuskan segala-galanya.Ini semua adalah kerja ALLAH..DIA memberi hidayah kepada 'mereka' untuk memilih Wan...mungkin Wan adalah orang yang terbaik dikalangan yang terbaik...
aku:Saya takut jika tidak dapat buat yang terbaik...
ustaz K:Ustaz yakin..Wan dapat lakukan..jika kita asyik fikir masalah itu,bila lagi kita nak 'explore' yang ade dlm diri kita.Lagipun Wan memg peramah dan penyayang sampaikan semua org kat sekolah dulu suke kat Wan.Lagi pun Wan kan dulu aktif mcm2 persatuan dan mcm2 jawatn pernah pegang...so ini adelah mase tuk gunakan segala 'softskill' yg ade berdasarkan pengalaman yg lalu....
aku
:tapi....(bla..bla..bla.....)

ustaz K
:Percayalah tiada seorang yang dilahirkan di muka bumi ini adalah sempurna..setiap manusia ade kelebihan masing2 dan gunakanlah kelebihan tersebut bukan sahaja tuk diri kita tapi tuk org lain..lagipun inilah masanya tuk kita berjuang dan berdakwah..Wan juga pernah cerita ngn Ustaz yg 'pergerakan' ini merupakan platform terbaik tuk lebih mengenali diri sendiri...dan dapat belajar ttg KASIH SAYANG,CINTA,KEHIDUPAN REALITI MASYARAKAT dll...inilah mase yg tepat tuk kita dekatkan hati kita kepada masyarakat yg memerlukan coz mungkin Wan x dapat peluang mcm ni bila kaki melangkah masuk ke alam pekerjaan kan..(bla..bla..bla....)

aku:Betul Ustaz(bla..bla..bla...).Thanks byk kerana byk bagi semangat kat Wan tuk meneruskan hidup ini sebagai khalifah dimuka bumi ini.I'm so appreciate of you(bla..bla..bla...)
ustaz K:Same2...ustaz selalu doakan kejayaan Wan.Ingat kalau ade ape2 Ustaz sudi menjadi pendengar(bla..bla...)
MySpace

38. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.


39. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(At-Taubah 9:38-39)

17.3.09

wAdDuH-WaDdUh aGnEs MoNiCa....

Agnes Monica...korg kenal x sape dia ni???alah yg sekarg ni citer nye tgh HOT kat TV3 tu...tajuk sinetron tu 'JELITA'...ha kenal kan...sekarg ni lak tgh makin ngetop ngn lagu baru...tajuk nye 'ALLAH PEDULI'...
Mesti pelikkan seorang artis Indonesia yg bukan beragama ISLAM menyanyikan lagu mcm tu..x hairanlah baru2 ni kerajaan negeri Selangor mengharamkan semua bentuk lagu dan nyanyian kat negeri tersebut..sepatutnya semua negeri bahkan semua kawasan yg beragama islam patut 'burn' kn lagu ni terus...
Pada dasarnya lagu ni adalah lagu lama tapi diberikan nafas baru..Ape kes?????????? cube lihat lirik2 lagu ni di bawah:

Berhati hati wahai orang islam. MySpace

LIRIK LAGU 'ALLAH PEDULI'

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang

ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti

*so renung-renungkanlah.....


4.2.09

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy



Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.Align CenterApabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.


TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat2 maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.


YANG LELAKI,
budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.


YANG PEREMPUAN,
Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yangtak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi
dibuang di merata tempat.


MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.


Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.
Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manfaat...?