Mahasiswa Bersama Masyarakat(MBM 09/10) :jom joint.....

Mungkin akan ada mereka yang bertanya apa itu MBM?

MBM pada keseluruhannya adalah suatu landasan atau lapangan untuk melahirkan mahasiswa yang berupaya menjana pemikiran kritis.

Tapi, bagaimana?

Kami memperlihatkan kepada peserta-peserta MBM tentang realiti kehidupan. Masalah-masalah sebenar yang membelenggu masyarakat tatkala kita sebagai mahasiswa hanya sibuk menyelak buku-buku kuliah tanpa sempat menjenguk realiti hidup ini yang sebenar-benarnya. Sangat rugi jika kita yang digelar sebagai golongan intelektual tetapi tidak tahu untuk bertindak dan mengaplikasi kebolehan kita untuk membantu masyarakat di luar sana. menyedari perkara ini, PPM telah merancang satu program diberi nama; Mahasiswa Bersama Masyarakat, untuk memberi pendedahan dan latihan kepada mahasiswa supaya dapat lebih bersedia berhadapan dengan realiti hidup, cabaran-cabarannya dan cara bertindak.

ini antara aktiviti yang kami lakukan semasa Mahasiswa Bersama Masyarakat (MBM) ‘09 pada cuti sidang lepas, di Pekan Darat.


penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. selama seminggu peserta akan tinggal bersama keluarga angkat masing-masing.


kita akan melakukan Pemetaan Komuniti (PK). peresta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan berjalan sekeliling kampung dan pantau apa yang berlaku dan mencari isu untuk diketengahkan. ketika ini, peserta akan dilatih untuk berfikiran kritis. memikirkan masalah dan isu tersirat di kampung berkenaan. sambil beramah mesra dengan penduduk kampung.

ini antara rumah yang kami kunjungi semasa membuat Pemetaan Komuniti.

kita akan berpeluang bertemu pelbagai lapisan masyarakat. ketika ini, peserta akan dilatih cara berkomunikasi (soft skill) dengan berkesan.


setiap kali selesai membuat Pemetaan Komuniti, kita akan berdiskusi. melukis peta-peta lengkap perjalanan seluruh kampung berkenaan. menanda kawasan yang mempunyai isu yang dirasakan perlu untuk diketengahkan.


biasanya kita akan melakukan Pemetaan Komuniti selama beberapa hari, untuk mengesan isu sebenar.


dan apabila isu-isu masyarakat mula dibangkitkan, kita akan merancang program yang akan kita sendiri jalankan.


antaranya adalah program penyayang, iaitu ceramah kepada penduduk kampung. peserta sendiri yang akan penggelola program ini dengan pantauan dari PPM. peserta berpeluang mengetahui cara sesuatu program dirancang, siapa yang perlu dihubungi, apa yang perlu dilakukan, bagaimana dan bila masa yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu program. semuanya akan dilatih ketika ini.


hasil pantauan dari aktiviti Pemetaan Komuniti sidang lepas, di kampung tersebut terdapat masalah-masalah dari segi pembelajaran. maka kami mengambil keputusan untuk melakukan program motivasi di sekolah berdekatan. mungkin ada yang akan bertanya, bagaimana untuk berurusan dengan pihak sekolah? bagaimana merancang modul untuk program motivasi ini? kami di PPM akan berkongsi pengalaman dengan peserta-peserta. peserta-peserta akan dilatih tentang pengurusan gerak kerja program.


peserta akan dilatih bagaimana untuk menjadi fasi.


(gambar di sawah padi) pada waktu petang, biasanya peserta bebas melakukan apa-apa aktiviti bersama keluarga angkat dan sahabat-sahabat lain.


sewaktu gotong royong di kawasan kubur

peserta yang terpilih menjadi wakil akan berpeluang bersidang dengan penduduk kampung. dalam persidangan ini, kita akan kemukakan isu-isu yang telah kita kaji sepanjang MBM dan tindakan yang dirasakan perlu dilakukan dan diteruskan di kampung tersebut.


antara aktiviti pada hari akhir kita berprogram….aktiviti mewarna bagi kanak-kanak


pameran dengan kerjasama AADK…ini juga akan dirancang oleh peserta sendiri.


aktiviti ibu dan ayah angkat masing-masing


kesemua idea-idea program ini dirancang sepenuhnya dari peserta-peserta MBM.


majlis penutup yang diketuai oleh peserta MBM

MBM telah berjaya melahirkan mahasiswa yang mampu merancang dan mengerakkan program mereka sendiri. mereka berani melontarkan idea dalam masa yang sama berani bertindak merealisasikan idea mereka.

ucapan tahniah dari PPM kepada aktivis-aktivis MBM…

anda berminat menjadi seperti mereka? kami di PPM mengalu-galukan penyertaan anda untuk sidang kali ini.

MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT

TARIKH: 12 – 20 FEB 2010

TEMPAT: KAMPUNG NELAYAN, KG RAJA BASAH, KUALA KURAU, PERAK

BAYARAN: RM45 SAHAJA (masih boleh dirunding)

kepada sesiapa yang berminat, boleh datang ke

FOYER DK P (28/1/10 – 4/2/10)…(9.00 – 5.00 petang)

SIJIL DISEDIAKAN

SEMUA MAHASISWA/I DIJEMPUT

boleh hubungi NUR SHAFIKA ABEL BINTI RAZALI__ 019-4499940

atau email kepada shahabel_razali@yahoo.com

*kami menerima peserta dari semua lapisan umur dan dari semua IPTA/IPTS , TIDAK TERHAD kepada USM sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

oh KASEH


Pada 29 januari-30 januari 2010 lepas,Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat(PPM USM) telah mengadakan program Kem Anak-Anak Soleh(KASEH) anjuran bersama NGO Islam iaitu Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN) yang diadakan di Surau Kampung Kilang Lama,Kulim Kedah. KASEH telah disertai oleh 42 peserta anak yatim dan dibantu Fasi2 dari PPM USM seramai 17 org..setelah apa yg dirancang selama hampir sebulan,program ini telah berjaya dilaksanakan dgn jayanya.Lihatlah wajah2 keriangan anak2 yatim ini bersama fasi2....:

Pengarah program KASEH,Faridah sedang menyampaikan hadiah kpd peserta yg aktif...walaupun hadiah nya hanya sebatg pen,tapi itulah menjadi rebutan,,haha


Abg Is sedang memarahi peserta..siapa Abg Is ni???encem nya(itulah aku)hahah
sume control macho n cun..gambar kenangan sebelum bersurai
saat menyayikan lagu Jalinan..namapak semua adik2 bersemagat menyanyikan..best dapat melihat gelagat adik2 ni

Indahnya suasana kita dihari ini
Ceria bersama bermesra
Erat silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira di akhirat sana

Erat Silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia
Yang tua dihormati
Yang muda disayangi
Cetuskan suasana harmoni

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Kita jalinkan
Kasih sayang



sewaktu sesi taaruf bersama fas2 pempuan
adik2 ketawa semasa slot yg dijalankan Ustaz Hafizan...memg ceria
adik ni sgt2 istimewa..dengan semanagt kentalnya memberi byk pengajaran kpd kami ttg bagaimana mensyukuri nikmat ALLAH
terpegun adik2 mendengar Kak Lillah bercerita..jom naik kapal terbang..heheh
sewaktu sesi riadah
adik2 yg ceria dan sporting mereka terserlah semasa bermain baling belon yg berisi air..mcm2 ragam adik2 ni...best2

Sabda Rasulullah saw : Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.

anak-anak yatim adalah kekasih Allah seperti juga baginda Nabi Muhammad S.A.W .

وَءَاتُوا الْيَتَامَى أَمْوَالَهُمْ وَلَا تَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَى أَمْوَالِكُمْ إِنَّهُ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا

p/s :Ada satu ketenangan yang saya nikmati di celah-celah hiruk pikuk anak-anak yatim itu. Saya mula berfikir-fikir... erm, saya mahu membela anak-anak yatim seperti ini!
saya mahu... oh ya Allah, mampukah aku?



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kem Anak-Anak Soleh(KASEH)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia(PPM USM) akan menganjurkan program Kem Anak-Anak Soleh(KASEH) pada ketetapan berikut:

Masa: 29 Januari 2010(mula pada waktu petang)-30 Januari 2010 Tempat:Surau Kampung Kilang Lama,Kulim,Kedah

Program pada kali ini anjuran bersama NGO Badan Amal Kebajikan Nun(BAKUN) dan peserta adalah terdiri daripada 40-50 anak-anak yatim....

PENGENALAN


Program Kem Anak-anak Soleh atau sinonimnya KASEH merupakan salah satu projek mega anjuran Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia(PPM USM) yang telah berlangsung sejak penubuhan PPM USM 10 tahun yang lalu.


Secara umumnya,KASEH merupakan sebuah program yang berbentuk pengajaran yang diserentakkan dengan latihan praktikal yang mudah di fahami dan diikuti oleh semua peserta. KASEH menitikberatkan pemantapan akhlak dan syahsiah di samping tidak mengenepikan persoalan akademik peserta.Menyedari reality masyarakat yang kian bergolak dengan permasalahan disiplin pelajar dan kanak-kanak,PPMUSM merasakan KASEH merupakan satu program yang sesuai dalam mendidik kanak-kanak ke arah menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara sesuai dengan pepatah Melayu yang berbunyi ‘melentur buluh biar dari rebungnya.


Di samping itu juga, program ini juga bertujuan melahirkan golongan mahasiswa dan mahasiswi yang prihatin terhadap pembentukan jiwa kanak-kanak dan diharap dapat mempraktikkan perkara yang di pelajari sepanjang menjadi fasilitator kea rah pembentukan anak-anak soleh di tempat masing-masing. Di harap program KASEH ini mendapat sokongan semua pihak khususnya ibubapa dalam menjayakan program ini ke arah melahirkan generasi yang berilmu, beramal dan bertaqwa.

OBJEKTIF

2.1 Mengenalkan peserta ke arah konsep gaya hidup Islam yang sebenar

2.2 Memastikan peserta mengetahui dan memahami dengan jelas konsep Rukun Islam dan Rukun Iman

2.3 Menanam kefahaman dan kesedaran dalam diri peserta dalam mencapai martabat anak soleh dan anak solehah.

2.4 Melahirkan peserta dengan akhlak dan syasiah yang terpuji

2.5 Menambah pengalaman dan pengetahuan fasilitator sebagai pembimbing kanak-kanak

2.6 Menanam rasa kasih sayang peserta terhadap ALLAH,ibu bapa dan negara.

#kepada Ahli PPM USM,biro ADIK dan semua mahasiswa/i USM adalah digalakkan untuk mendaftar sebagai fasilitator dalam menjayakan program ini. Peserta yang tidak mempunyai kelas pada waktu petang Jumaat adalah di utamakan.Tempat adalah terhad....sebarang kemusykilan dan pendaftaran sebagai fasi boleh menghubungi kami:

Pemantau program KASEH

Mohd Iszuwan Bin Md Idris(NYDP 2 PPM USM)_ O13-7572706(bonot_isz@yahoo.com)

W. Nor Qayyum Nadia Bte Wan Arifin(Bendahari PPM USM)_ 019-5510677(eeya_nadia@yahoo.com)

Pengarah KASEH

Faridah Bte Jafri_ 019-7575782

'daripada masyarakat kepada masyarakat'


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

nAsiHaT sEoRaNg MaK Cik kAfE kepada Si kUruS

Aku : A'kum mak cik,mintak nasi lemak
Mak Cik: Oh adik..lama x nampak.Sem ni x nampak adik lagi..ingat kan dah abis
Aku : Lom lagi mak cik.Insya ALLAH tggl sem ni jer
Mak Cik: Makan ke bungkus????
Aku : makan r mak cik....
Mak Cik terus merenung badan aku dari ujung rambut hingga ujung kaki
Aku :Ish, mak cik nape tgk saya mcm tu???
Mak Cik:Bukan apa, mak cik tgk adik makin kurus???x makan ke diet???
masing2 ketawa kecil...
Aku :Ye ke kurus???tu r sejak masuk sem ni semua cakap saya makin kurus...ntah lah
mak cik mcm dah x de selera nak makan sekarg ni..kalo makan pon asyik x abis jer
Mak Cik: mana leh mcm tu,adik kan student..kena byk tenaga. Makn kene jaga...
Aku :hmm...tu lah saya ni pelik sikit..kalau duk kat rumah,asyik nak makan jer..bile
sampai je usm,saya x kisah pon makan ke x makan..x ambil kisah pon.Mcm
semalam saya x sentuh lgsg nasi..sebb tu pagi ni rasa lapar..hahah
Mak Cik:oh..kat rumah ada org masak kan..lagipun kalau mak masak ringkas ke,sedap ke kita tetap makan kan dik,ye r air tgn ibu ni lain..tapi adik kena makan tau.. jaga kesihatan tu..kalau kurus sgt,x de org yg nak..perempuan ni kalau tgk lelaki kurus sgt,depa x suka...
masing2 ketawa terbahak2....aku pula cepat2 bayar nasi lemak yg aku ambil berlaukkan hot dog sambal ngn ayam goreng masak kicap...bayar cepat2 coz aku dah rasa malu sebb ada customer lain sebelah aku,perempuan lak tu,dah lah cun.hahah
Aku : Berapa ni mak cik???
Mak Cik: RM2.30 jer..
Aku :Ok mak cik,terima kasih yer...
Mak Cik:Sama2,ingat makan jgn x makan..kalau boleh paling tidak sehari kena 2 kali makan.
Aku :Ok Mak Cik jgn risau.Heheheh....
aku terus berlalu dari situ menuju cafe sebelah utk membeli Nes Ais.....

#hmmm..itu lah perbualn ringkas aku dengan seorg mak cik di salah sebuah cafe Desasiswa Restu...aku selau beli nasi lemak ng mak cik tu..sebab tu dia kenal n cam muka aku..walaupun dah 3 tahun aku kat usm ni,aku tidak pernah kenal nama mak cik tu. Setiap kali aku beli kat kafe tu,kita mesti berborak2 sambil aku memilih jenis makanan dan lauk utk aku santap...mungkin kerana keramahan kami wujudnya 'chemistry' antara kami..(waa...ayat..hahah).
Walau apa pun terima kasih atas nasihat mak cik tu yer.


Tiba2 teringat lak kisah suatu ketika dulu,bila aku n member2 aku mahu menderma darah. Masa tu ada kempen derma darah..so kami pun pergi r dengan semangat berkobar2.Semua sekali 8 org dengan 4 motosikal...sebelum menderma,doktor perlu'check' tekanan darah setiap bakal penderma.Member2 aku semua pass..

tiba giliran aku jer,doktor boleh cakap:awak ni kurg darah tau,tu pun nak derma darah gak.Dahlah kurg darah,tekanan darah awak lah rendah.Nah kejap lagi saya bagi surat awak terus pergi ke farmasi kat sebelah tu ambil vitamin'..hahahah.

Malunya bile teringat peristiwa tu...malu ngn kawan2 aku sampai sekarg..kalau kami jumpe jer mesti cakap pasal perkara ni.arghh!!!!
So moral value nya:makan mesti cukup,badan biar berisi,tapi jgn lak sampai gemuk..haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

UnTuK Apa AKu BeRjUaNg.....

Apabila jiwa raga ini diletakkan dijalan dakwah ini,
Lantas bertanyalah diri...
Mengapa aku mesti berjuang untuk agama Allah???
Jawab hati...
Terlalu banyak nikmat yang Allah beri,
Terlalu banyak rahmat yang aku kecapi,
Terlalu banyak budi yang aku rasai,
Terlalu lama kiranya aku hidup di dunia ini,
Namun, tiada apa yang aku korbankan diri untuk Illahi...
Lantas tesentak diri....

Mengapa aku mesti berjuang???
Jawab hati...
Aku mujahid...Mujahidah pilihan Tuhan,
Diberikan Hidayah dan kekuatan,
Diberikan Nur Iman dan Nur Islam,
Bangkit meleraikan segala kepincangan,
Bangkit untuk meruntuhkan tembok kejahilan,
Lantaran aku adalah pejuang akhir zaman,
Mahu tidak mahu... pasti dihujani 1001 tribulasi dan dugaan...

Bertanya lagi diri...
Untuk apa aku berjuang???
Jawab hati....
Aku berjuang tanda cintakan agama ini,
Aku berjuang tanda sayangkan ummah ini,
Aku berjuang tanda kasihkan tanah air ini,
Tanda kesyukuran pada Illahi,
Tanda terima kasih yang tidak terperi,
Lantaran aku masih bernafas hingga ke saat ini,
Meskipun detik dosa ligat berputik di ulit usia...

Untuk apa aku harus berjuang???
Jawab diri...
Aku berjuang membela agamaku,
Aku berjuang membela tanah airku,
Aku berjuang membela keluargaku,
Aku berjuang membela saudara-saudaraku,
Andainya aku gugur...
Moga gugurnya bersama laungan syahid,
Idaman bagi hati setiap pejuang,
Ayuhlah mujahid,mujahidah sejati,
Tiada apa yang perlu engkau gentarkan...engkau gusarkan,
Keringat, kuasa,kudrat,harta,lisan,...bisa k
au gunakan,

Yakinlah, janji Allah pasti untukmu,
Andai dirimu ikhlas dalam perjuangan,
Bangkitlah...ayuhlah teruskan jihad,
Entah esok, entah lusa...ajal pastikan tiba,
Berjuanglah selagi hayat masih ada,
Biarpun sekelumit cuma,
ALLAHUAKBAR...!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

tAkE a BrEak....;)

The hubby is an IT Programmer!!!
Percakapan antara seorang isteri dengan suaminya, seorang Software Engineer:

Suami: (Pulang lewat dari opis) "Selamat malam sayang, sekarang abg logged in."
Isteri: Ada abg bawa balik oleh-oleh yang Yah minta?
Suami: Bad command or filename.
Isteri: Tapi Yah dah pesan dari tadi pagi!
Suami: Errorneous syntax. Abort?
Isteri: Jadi, bagaimana tentang beli tv baru?
Suami: Variable not found...
Isteri: OK laa, kalau gitu Yah minta kad kredit abg. Yah mau belanja sendiri.
Suami: Sharing Violation. Access denied...
Isteri: Apakah abg lebih mencintai komputer daripada Yah? Atau abg saja nak bergurau?
Suami: Too many parameters...
Isteri: Itu kesalahan terbesar Yah menikahi orang "idiot" seperti abg ni (sambil menjuih bibirnya).
Suami: Data type mismatch.
Isteri: Malas laa layan abg (merajuk).
Suami: System Default.
Isteri: Bagaimana dengan gaji abg?
Suami: File in use ... Try later.
Isteri: Kalau gitu apa posisi Yah di keluarga ini?
Suami: Unknown Virus

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

wELcOmE: aLL aBoUt mE....

Alhamdulillah....setelah hampir berjam-jam aku 'duk' kat depan laptop ni semata-mata untuk update budaktunggal.blogspot.com,akhirnya aku berjaya!!!
Olek kerana aku bosan dgn template lame di 'Other Side Of Me' ni,aku tukar template yg baru.. Saje aku cari template yg ada kene mengena dgn aku. Perasan tak dengan gambar2 template terbaru ni..Ni semua berkaitan dgn kos pengajian yg aku amik sekarg:CONSTRUCTION MANAGEMENT di USM. Sebab itulah ada gambar rumah dan alat2 yg digunakan untuk melukis pelan...
Tambahan pula dgn izin-NYA aku akan bekerja dalam sektor industri pembinaan sebaik tamat pengajian.Semoga impian menjadi kenyataan. Insya-Allah.So....

WELCOME TO MY NEW SITE!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

~mALaM pErTamA~

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah susuk Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun@jubah cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...
Dan tak seorangpun yang tahu..


" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."

renung-renungkanla sebagai pedoman ketika hayat dikandung badan
Sesungguhnya ingat mengingati adalah amalan mulia
Wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

diDEdikAsikAn kHaS uNtUk MeReKa: PEROKOK




Alhamdulillah....aku kini kembali dalam penulisan blog setelah lama meninggalkan dek kerana busy ngn Exam...so entry yang aku tuliskan ini khas untuk member2 aku,abg2 aku n semua yang digelar PEROKOK x kira jantina dan peringkat umur!!!!
Sesungguhnya aku tidak berhak mengubah org lain selain mereka sendiri mengubah nasib mereka..tetapi dengan sedikit bingkisan ini diharapkan korg sume akan dapat sedikit ilmu...bukankah ingat mengingati adalah satu sifat mulia di sisi Islam????


Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa

Merokok & Kesuburan Lelaki
Suatu kajian yang melibatkan 5,000 orang kaum lelaki cina menunjukkan bahawa golongan yang merokok lebih daripada satu paket sehari adalah 60% lebih cenderung mengalami masalah mati pucuk berbanding dengan golongan yang tidak merokok.


Merokok & Kehamilan

Kaum wanita yang merokok adalah lebih cenderung megalami kesukaran untuk menghamil, mengalami komplikasi semasa kehamilan serta berisiko tinggi mengalami keguguran bayi.

Suatu kajian yang dijalankan di Pusat Perinatal Biologi di California membuktikan bahawa ibu mengandung yang merokok sepanjang tempoh kehamilan mendatangkan impak negatif kepada jantung fetus.

Merokok & kesannya terhadap kanak-kanak
Asap rokok pasif (second hand smoke) mampu merosakkan fungsi arteri kanak-kanak, berdasarkan kajian Finnish yang diterbitkan dalam American Heart Association journal Circulation yang melibatkan 400 orang kanak-kanak berusia antara 8 hingga 11 tahun.

Selain itu, asap rokok pasif juga mengakibatkan jangkitan pernafasan dan masalah telinga serta serangan asma yang teruk dan berulang di kalangan kanak-kanak.

Merokok & Paru-paru anda
Kematian akibat kanser paru-paru adalah 22 kali lebih tinggi di kalangan lelaki dan 12 kali lebih tinggi di kalangan wanita yang merokok berbanding dengan golongan yang tidak pernah merokok. Selain daripada kanser paru-paru, 90% kematian akibat penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik dapat dicegah dengan berhenti merokok.

cube tgk ape yg hangpa sume hisap tu....korg tgk lah sendiri bahan2 yg dibuat tuk menghasilkan sebatg rokok!!!!korg x jijik ker?????lu pikir lah sendiri. jika korg nak hisap gak rokok tu..HISAP lah..'SELAMAT BERAMAL.....'

insya ALLAH lepas ni aku post entry ttg hukum merokok mengikiut perspektif ISLAM....insya ALLAH...

KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK

AKU BENCI ROKOK!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

kHaS uNtUK sI DiA:kEhiLAnGaNmU kErEDhAaNkU


Kehilanganmu...
Satu kejutan hebat

Kehilanganmu...
Berita amat pedih untuk diterima

Kehilangamu...
Keluargamu sedih juga orang disekelilingmu

Kehilanganmu...
Mengalirkan airmata yang tiada hentinya

Kehilanganmu...
Kehidupan tidak seceria dulu

Kehilanganmu...
Tiada ganti senyummu
Tiada ganti lirikan matamu
Tiada ganti kata manismu
Tiada ganti guraumu
Tiada ganti keprihatinanmu
Tiada ganti kasih sayangmu
Tiada ganti dirimu
Tiada ganti segalanya...

Kehilanganmu...
Biar dicari sekeliling dunia
Tiada serupamu
Tiada seperti dirimu...

Kehilanganmu...
Seribu kesedihan
Seribu kesakitan
Seribu kesedaran
Seribu kekesalan
Seribu keinsafan
Seribu dalam semua

Kehilanganmu...
Takdir telah menentukannya...
Duniaku kini kehilangan ORANG TERAMAT ISTIMEWA...

Pergimu tanpa pesan
Tiada yang duga
Tiada yang sangka
Kita hanya merancang
Cuma ALLAH yang menentukan segalanya
Moga damai dikau disana

Kini... Kehilangamu...
Diiringi seribu harapan
Diiringi sejuta doa Semoga rohmu dicucuri rahmat....
Disiniku titipkan doa
Amin...

Al-Fatihah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS