30.3.09

~kEcAnTiKaN sEoRanG LelAki???~


Ha..ni aku nak citer cikit pasal 'kecantikan seorang lelaki'. Korang ingat golongan hawa jer yang boleh dipanggil cantik...selama ini kita di sogokkan jika lelaki itu cantik mesti dia tu...(paham-paham sendiri lah kan..). Kecantikan bagi sesorang yang bergelar lelaki bukanlah terletak pada sifat fizikalnya tetapi adalah pada nilai-nilai murni dan sifat yang ada pada dirinya. So ni antara main point yang perlu korang alert:MySpace


1)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
2)Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan
3)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
4)Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia
5)Sentiasa saling bertoleransi sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah S.W.T.
6)Lelaki yang tenang dan lapang dada
7)Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas
8)Lelaki yang tak pernah putus asa
9)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
10)Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.

Bukankah semua sifat2 ini adalah antara sifat Rasulullh yang patut dicontohi oleh umat sejagat.Semoga aku dan korang yang bergelar lelaki akan menjadi lelaki yang cantik dikalangan yang tercantik walaupun x handsome(heheh)...so,changed your mind k!!!!

"kecantikan adalah hak milik setiap insan"

28.3.09

aNtArA kErIsAuAn & AmaNaH


Antara kerisauan dan amanah...huhu.Dua persoalan yang selalu membelenggu fikiran aku sejak seminggu kebelakangan ini. Mujur aku busy ngn assignment dan project yang hendak submit hujung2 sem ni..kalo x mesti aku asyik terbayang aje. Tapi kadang-kadang 2 persoalan ini datang secara tiba-tiba tanpa aku 'memintanya'...aah..kalau ikutkan hati mahu saja aku buang 'benda' ni supaya ia x semakin berserabut dalam kepala aku..aku pon ade menelefon Cikgu lama aku tuk meminta nasihat dari padanya..cukuplah sekadar aku kenalkan dia sebagai Ustaz K(bukan Datuk K yer)......

aku:A'kum Ustaz...
ustaz K
:Wslam Wan..lame x dengar cerita dah dekat sebulan dah...ni mesti ade cerita ni kan(bla..bla...)

aku
:(bla..bla...)saya memang dalam dilema sekarang Antara kerisauan@kegusaran dan amanah..

ustaz K
:ape yang Wan risaukan???

aku
:(bla..bla..bla...)ye r Ustaz,saya takut untuk menerima jawatan tu..jawatan itu terlalu tinggi bagi saya dan saya perlu pegang bahagian berkaitan ukhwah pulak tu....


Ustaz K:Wan jgn risaulah,Ustaz yakin Wan dapat memikul amanah tersebut kerana bukan manusia yang memutuskan segala-galanya.Ini semua adalah kerja ALLAH..DIA memberi hidayah kepada 'mereka' untuk memilih Wan...mungkin Wan adalah orang yang terbaik dikalangan yang terbaik...
aku:Saya takut jika tidak dapat buat yang terbaik...
ustaz K:Ustaz yakin..Wan dapat lakukan..jika kita asyik fikir masalah itu,bila lagi kita nak 'explore' yang ade dlm diri kita.Lagipun Wan memg peramah dan penyayang sampaikan semua org kat sekolah dulu suke kat Wan.Lagi pun Wan kan dulu aktif mcm2 persatuan dan mcm2 jawatn pernah pegang...so ini adelah mase tuk gunakan segala 'softskill' yg ade berdasarkan pengalaman yg lalu....
aku
:tapi....(bla..bla..bla.....)

ustaz K
:Percayalah tiada seorang yang dilahirkan di muka bumi ini adalah sempurna..setiap manusia ade kelebihan masing2 dan gunakanlah kelebihan tersebut bukan sahaja tuk diri kita tapi tuk org lain..lagipun inilah masanya tuk kita berjuang dan berdakwah..Wan juga pernah cerita ngn Ustaz yg 'pergerakan' ini merupakan platform terbaik tuk lebih mengenali diri sendiri...dan dapat belajar ttg KASIH SAYANG,CINTA,KEHIDUPAN REALITI MASYARAKAT dll...inilah mase yg tepat tuk kita dekatkan hati kita kepada masyarakat yg memerlukan coz mungkin Wan x dapat peluang mcm ni bila kaki melangkah masuk ke alam pekerjaan kan..(bla..bla..bla....)

aku:Betul Ustaz(bla..bla..bla...).Thanks byk kerana byk bagi semangat kat Wan tuk meneruskan hidup ini sebagai khalifah dimuka bumi ini.I'm so appreciate of you(bla..bla..bla...)
ustaz K:Same2...ustaz selalu doakan kejayaan Wan.Ingat kalau ade ape2 Ustaz sudi menjadi pendengar(bla..bla...)
MySpace

38. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.


39. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(At-Taubah 9:38-39)

20.3.09

hApPY bEzDaY to mY LoVe...

Happy birthday to you
Happy Birthday to you
Happy birthday to you
Happy Birthday to MY BLOG
Happy birthday to you....

Pejam celik,pejam celik dah setahun rupenye blog ini keudara dalam alam maya ni sejak dilahirkan pada 3 March 2008....seorang blogger yang baru belajar untuk membuat blog dan tidak menjadikan sesiapa sebagai sifu dalam penulisan blog.
Alhamdulullah....kerana DIA blogger ini pandai dengan sendirinya untuk membuat 'THE OTHER SIDE OF ME'.MySpace

Setelah ditambah,ditolak,didarab dan dibahagi,jumlah yang berjaya di 'publish post' hanya 20 sahaja..sangat minimum bilangan nya berbanding dengan usia.Bukan tidak mahu post..tapi kerana terlalu 'busy dengan kerja-kerja U seperti assignment,project,proposal,persatuan,meeting dll...Tambahan pula pada ketika itu 'line internet' yang amat mendukacitakan.Cuma sekarang ini sahaja 'line clear' sejak U ini digelar 'APEX'...

Ada juga hamba2 ALLAH ni yang tanya kenapa 'budaktunggal.blogspot.com'?Wan budak tunggal ker? x delah... adik beradik saya ramai...lebih dari itu..pilih tagline 'budak tunggal' sebab saya berasal dari sebuah perkampungan felada kat selatan tanah air...name felda saya lak 'FELDA TUNGGAL'.Heheheh(saje nak promote nama kampung...)

Perlu diingatkan juga sebarang nukilan yang 'telah dipost' atau 'akan dipost' tiada kaitan langsung dengan mana2 individu sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Semoga selepas ini blog yang x seberapa ini akan maju dengan hasil-hasil nukilan yang boleh dikongsikan bersama dengan umat sejagat.INSYA-ALLAH...MySpace

17.3.09

wAdDuH-WaDdUh aGnEs MoNiCa....

Agnes Monica...korg kenal x sape dia ni???alah yg sekarg ni citer nye tgh HOT kat TV3 tu...tajuk sinetron tu 'JELITA'...ha kenal kan...sekarg ni lak tgh makin ngetop ngn lagu baru...tajuk nye 'ALLAH PEDULI'...
Mesti pelikkan seorang artis Indonesia yg bukan beragama ISLAM menyanyikan lagu mcm tu..x hairanlah baru2 ni kerajaan negeri Selangor mengharamkan semua bentuk lagu dan nyanyian kat negeri tersebut..sepatutnya semua negeri bahkan semua kawasan yg beragama islam patut 'burn' kn lagu ni terus...
Pada dasarnya lagu ni adalah lagu lama tapi diberikan nafas baru..Ape kes?????????? cube lihat lirik2 lagu ni di bawah:

Berhati hati wahai orang islam. MySpace

LIRIK LAGU 'ALLAH PEDULI'

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang

ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti

*so renung-renungkanlah.....


14.3.09

cOnGrAtULAtIoN!!!!


Baru2 ni kuar result STPM...tiba2 jer teringat kisah 2 tahun lepas....
Malam sebelum ambil result,punyelah takut..sampai x boleh nak tido.Berkali-kali gak aku solat sunat n mcm2 solat sunat aku wat...time tu gak telefon x putus-putus menerima panggilan kawan2 seangkatan dek kerana kegurasan kami.Tu belum ngn SMS lagi..mlm tu gak top up aku habis.Huhuhu...sampailah ke pagi..aku sempat tido 3 jam...hanya TUHAN jer yg tahu mcm ne risaunye aku nak ambil keputusan sok...
Tiba sok hari,pagi2 lagi member baik aku Jamal telefon...dia ajk aku amik result petg,lewat cikit dari member2 yg lain dan dia mahu kami ambil result senyap2..x nak bagi tahu member2 yg lain..dari pagi sampai lah selepas aku amik result telefon x pernah2 putus berdering...sume member2 n org yg mengenali aku nak tahu result aku...
Selepas solat zuhur,aku ngn Jamal pon naik moto ke sekolah..wah degupan jantg semakin kencang..mcm nak pengsan pon ade time tu..tibe jer kat pagar sekolah,terserempak dengan seorg cikgu ni...dia tgk muka aku dengan muka yang masam dan bengis...tiba2 dia mengeluarkan kata2 yg aku x nak dengar...'wan!!!ape dah jadi ngn awak ni?????apesal teruk sangat??????'aku terdiam n peluh mula membasahi dahi aku...aku terus menuju ke bilik tuk terima result...sampai jer aku terus didakap oleh guru kaunseling..'wan,TAHNIAH!!!'.. ha???mane satu ni?/??result aku teruk ker ok ni????
Aku pun amik result tu dari tangan Cikgu Raihan...sebelum buka Cikgu Raihan ucapkan tahniah kat aku..ini menyebabkan aku excited tuk buka slip walaupun aku risau giler samapai tahap nak migrain!!!ALHAMDULILLAH....aku dpat keputusan yg memberangsangkan dan menepati sasaran.Syukur sangat2 time tu..mulut aku x berenti2 kumit mengucapkan syukur kepada ILLAHI....MySpace
Lantas aku menelefon semua guru2 aku termasuk Cikgu Natizah dan Cikgu Faisal kerana beliaulah aku berjaya....family aku gak....dan time tu aku dengar semua kelas aku yang hanya mempunyai 14 student lulus penuh(prinsipal).
Kini masing2 sudah melanjutkan ke menara gading...kelas aku semua masuk..ALHAMDULILLAH..x sia2 kami belajar bersama2..kongsi suka n duka di dalam kelas..tapi separuh dari kelas aku sekarg belaja kat UPSI...wah ramainye jadi cikgu..aku jer terselit sorg2 kat USM ni..huhu...
Tinggal hanya 1 tahun atau 2 tahun jer kami nak graduate..INSYAALLAH...impian semakin menjadi kenyataan....so guys...good luck and all the best....

5.3.09

nAwAitU

Tuhan berikanlah aku
Pada jalan yang ENGKAU tunjuki
Pada mereka yang ENGKAU beri
Begitulah juga aku

Apakah aku yang terleka
Apakah aku yang tidak tahu
Di dunia ini jalan berliku
Ku pohon petunjuk Illahi

Oh Tuhanku
Aku percaya pada segala
Ranjau kehidupan ini
RahmatMU luas tak terhingga
Aku insan yang masih mencari
Akan ku tempuhi
Segala dugaan

Mereka mentertawakan aku
Sumber yang KAU ilhamkan kepadaku
Yang ku berikan pada mereka
Mengapa tidak diikhlaskan
Panjatkan syukur padaMU ya Rahman
Oh Tuhanku redhailah hidup ini

Kini aku bersama mereka
Berdamping dan bercita-cita sama
Kemesraanku kian terhimpit
Begitulah selalunya aku....:-)