17.1.10

Kem Anak-Anak Soleh(KASEH)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia(PPM USM) akan menganjurkan program Kem Anak-Anak Soleh(KASEH) pada ketetapan berikut:

Masa: 29 Januari 2010(mula pada waktu petang)-30 Januari 2010 Tempat:Surau Kampung Kilang Lama,Kulim,Kedah

Program pada kali ini anjuran bersama NGO Badan Amal Kebajikan Nun(BAKUN) dan peserta adalah terdiri daripada 40-50 anak-anak yatim....

PENGENALAN


Program Kem Anak-anak Soleh atau sinonimnya KASEH merupakan salah satu projek mega anjuran Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia(PPM USM) yang telah berlangsung sejak penubuhan PPM USM 10 tahun yang lalu.


Secara umumnya,KASEH merupakan sebuah program yang berbentuk pengajaran yang diserentakkan dengan latihan praktikal yang mudah di fahami dan diikuti oleh semua peserta. KASEH menitikberatkan pemantapan akhlak dan syahsiah di samping tidak mengenepikan persoalan akademik peserta.Menyedari reality masyarakat yang kian bergolak dengan permasalahan disiplin pelajar dan kanak-kanak,PPMUSM merasakan KASEH merupakan satu program yang sesuai dalam mendidik kanak-kanak ke arah menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara sesuai dengan pepatah Melayu yang berbunyi ‘melentur buluh biar dari rebungnya.


Di samping itu juga, program ini juga bertujuan melahirkan golongan mahasiswa dan mahasiswi yang prihatin terhadap pembentukan jiwa kanak-kanak dan diharap dapat mempraktikkan perkara yang di pelajari sepanjang menjadi fasilitator kea rah pembentukan anak-anak soleh di tempat masing-masing. Di harap program KASEH ini mendapat sokongan semua pihak khususnya ibubapa dalam menjayakan program ini ke arah melahirkan generasi yang berilmu, beramal dan bertaqwa.

OBJEKTIF

2.1 Mengenalkan peserta ke arah konsep gaya hidup Islam yang sebenar

2.2 Memastikan peserta mengetahui dan memahami dengan jelas konsep Rukun Islam dan Rukun Iman

2.3 Menanam kefahaman dan kesedaran dalam diri peserta dalam mencapai martabat anak soleh dan anak solehah.

2.4 Melahirkan peserta dengan akhlak dan syasiah yang terpuji

2.5 Menambah pengalaman dan pengetahuan fasilitator sebagai pembimbing kanak-kanak

2.6 Menanam rasa kasih sayang peserta terhadap ALLAH,ibu bapa dan negara.

#kepada Ahli PPM USM,biro ADIK dan semua mahasiswa/i USM adalah digalakkan untuk mendaftar sebagai fasilitator dalam menjayakan program ini. Peserta yang tidak mempunyai kelas pada waktu petang Jumaat adalah di utamakan.Tempat adalah terhad....sebarang kemusykilan dan pendaftaran sebagai fasi boleh menghubungi kami:

Pemantau program KASEH

Mohd Iszuwan Bin Md Idris(NYDP 2 PPM USM)_ O13-7572706(bonot_isz@yahoo.com)

W. Nor Qayyum Nadia Bte Wan Arifin(Bendahari PPM USM)_ 019-5510677(eeya_nadia@yahoo.com)

Pengarah KASEH

Faridah Bte Jafri_ 019-7575782

'daripada masyarakat kepada masyarakat'


2 comments:

noOrasma mOhamad said...

insyallah..asma akan menggegarkan kaseh..hehehe..gurau je..nak join gak..

isz_one said...

ko memg kena joint k....x de alasan lagi!!!!