LiFe wIlL nEvEr pRoViDe WaRrAnTiEs aNd GuArAnTeES.iT CaN oNlY pRoViDE pOsSiBiLiTiEs AnD OpPoRtUnItIeS.iT's Up To uS tO cOnVeRt ThEm InTo SUCCESS!!!:)
24.2.09
pErAsAaN bErKeCaMuK....
Aku tak tahu apa yang aku fikir dan buat sejak akhir-akhir ini adalah betul.Apakah semua tindakan yang aku lakukan disenangi orang lain walau hati sendiri yang terluka????Ya ALLAH....bantulah hambamu yang lemah ini.Banyak perkara yang perlu aku fikirkan.Assignment....x payah cakap lah...selagi aku & coursemate bergelar student HBP(hantu balik pagi@high blood pressure),selagi itulah ia x pernah khatam yang sentiase membuat kepala aku berserabut..Tu belum dengan projek,report,&presentation....Semua nak submitte pada masa yg same....ya ALLAH lapngkanlah masa ku ini....
Mgkin kerana kecemburuan masa menyebabkan sikap aku lebih agresif,nak cepat marah,naik angin,kadang2 pendiam dan suka bersendirian.Tu belum dengan individu2 yg cuba ambil kesempatn,mementingkan diri sendiri dan membuat aku naik angin!mase yg same gak berfikir tentang masalh family,DIRI SENDIRI dan PERMASALAHN HATI...ya ALLAH..byk nye dugaan dan cabaran yang KAU timpakan keatas diri ini dalam waktu yang sama..Kadang2 aku x sanggup hendak menanggung semua ini bersendirian...
Nak luahkan,x tau org yg sesuai yg boleh membimbing n aku percayai....kadang2 sampai aku give up untuk meneruskan hidup ini..Astaghfirullahalazim...mengucap WAN!!!
Tapi aku gak manusia biasa..Ya ALLAH,aku mohon kepadaMU lapangkan lah dadaku dan berilah petunjuk untuk aku meneruskan hari2 mendatang dengan hidayahMU ya ALLAH....hanya KAU tempatku mengadu..berilah aku secebis cahaya kebahagiaan dan ketenangan sebelum KAU mengambil aku untuk selama-lamanya...berilah aku peluang untuk aku merasainya walau sekali......:(
20.2.09
tRiP tO nAtIoNaL pArk:KuALA tAhAN
Alhamdulillah..akhirnya boleh gak aku upload gambar2 ni setelah beberapa hari aku try..maklum lah guna USM Hotspot.Huhu...welcome to Apex University.Hahah....
Aku cume nak kongsi memori yang baru kitorg lalui iaitu dari 13/02-15/2/2009. Kitorg ada trip ke Taman Negara yang dikelolakan oleh Sr Dr Illias Said....semua student Construction Management joint...so aku nak tunjukkan beberapa keping gambar yang boleh upload...tengok r mcm mane 'giler' nye perangai kami....(KENANGAN TERINDAH).
Kalau nak tau ni lah yang dikatakan 'next top model'..kat hutan pun tetap possing maut punyer!!!!
Disinilah tempat kami menginap sepanjang 3 hari 2 malam kat sini...selesa lah gak. Setimpal dengan bayaran kami...
Semasa aktiviti 'jungle trekking'...best tu..dah lame x wat aktiviti mcm ni.Melihat flora n fauna ciptaan Allah...
Sampai jer kat Taman Negara masing-masing ambil tempat untuk bergambar...ni lah budak2 CM yang memang 'giler' bergambar....
Ha...yang ni lak kitorg gi memancing waktu tgh malam....tunggu punye tunggu x dapat gak ikan...agaknye ikan pon takut ngn kitorg.Huhu...bukan main semangat lagi...
Ni aktiviti yg paling best sekali...meredah jeram..semua basah termasuklah Dr Illias n foreign student dari Sudan ni....sampai ade handphone n kamera budak2 ni yg masuk air...kecian...
Aktiviti ni lah yang ditunggu -tunggu.'Canopy Walk' atau jalan di titian gantung yang mempunyai ketinggian 450m-500m.Antara yang tertinggi di Asia...tapi ade gak budak ni yang gayat sampai nak nangis..hai Ratna, tak gayat ker??????control cun lah tu....
Ni dia wirawati2 CM yang berlagak diva bile berdepan dengan kamera....x tau buaya menanti diorang..hahhaah...
Semoga kenangan yang baru dilalui menjadi kenangan terindah n cukup untuk me 'realese tension' yang berserabut dalam kepala...lepas ni time to busy balik...gd luck....
8.2.09
nEw KaSeH...
Kenangan terindah. Itulah ungkapan yang paling tepat dapat aku simpulkan sepanjang peristiwa yang berlaku hari ini(7 Feb. 2009). Aku baru sahaja joint satu lagi program ‘under’ Pergerakan Perkhidamatan Masyarakat’(PPMUSM) iaitu Program Kelestarian Kanak-kanak(KASEH) di Sek. Sg.Batu Teluk Kumbar,Penang. Satu program yang baru aku dapat rasakan ‘kepuasan’ dalam mengenal erti hidup sebenar.
Tuk program ini aku ditugaskan untuk menjadi Camp Comander(CC) iaitu ‘coordinator’ sepanjang program yang berlangsung dari pagi sampai petang.Pada mulanye aku takut hendak terima ‘jawatan penting ‘ ni dari Kak Lillah...takut bukan kerana ape,takut aku tidak dapat wat yang terbaik seperti yang diharapkan oleh ‘team modul’..huhu. Akhirnya aku terima gak kerana aku memerlukan ‘something’ yang boleh membawa anjakan paradigma dalam tabiat kehidupan aku supaya aku tidak berada di takuk yang lama. Lagi pula program ini adalah untuk adik2 sekolah rendah darjah 4 hingga enam...so aku mesti buktikan dlam diri ini bahawa ‘I can do it!!!’.
Alhamdulillah aku telah menjalankan amanah yang telah dilaksanakan dengan mengikut modul yang betul....cume kadang2 modul Nampak kelam kabut sikit dan ini sudah tentu memeningkan kepala aku untuk conduct adik2 ini...ahhh..mane ade program kat dunia ini yang betul2 sempurna kan....x taulah aku berjaya ke tak conduct program ini seperti yang diharapkan fasi,penggerak dan MT...huhu.
Aku lak hari ini telah menukar ‘attitude’ yang lebih agresif..maksud aku yang lebih tegas dan garang....sudah tentu aku tidak rase selesa dgn ‘perubahan drastik’ itu kerana itu bukan sifat aku yang sebenar....hahahha. Aku perlu lakukannya untuk mendidik adik2 ini supaya lebih bersifat positif dan mendengar kata..mungkin di mata fasi aku tidak berjaya..tapi aku sudah lakukan yang terbaik tuk program ni..lantak lah situ..benda sudah berlalu...
Tamat jer program ni..aku menarik nafas lega kerana aku telah melangsaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan keatas aku...dalam mase yang same aku berasa sedih kerana selepas ini aku perlu berpisah dengan adik2 ini....disaat aku mule merasa sayang kepada adik2ni seperti aku sayang kepada adik aku sendiri,di saat itulah aku perlu berpisah dengan mereka. Sungguh kejam betul..tapi itulah yang dikatakan hukum karma..setiap pertemuan pasti ade perpisahan...cume aku doakan adik2 ni menjadi anak yang soleh,berjaya dalam hidup didunia dan diakhirat...sesungguhnye Abang Wan sayang kat adik2 semua....i love u all so much..all the best...
4.2.09
Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat2 maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
YANG LELAKI,
budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
YANG PEREMPUAN,
Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yangtak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi
dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.
Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manfaat...?
2.2.09
cArA tErBaRu HIV....
Cara terbaru menyebar kuman HIV
Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum
membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif
seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen
Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau
telah
merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila
berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum
penyuntik yang telah digunakan penagih
1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai
selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi
pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya terdedah akibat ombak.
2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan
penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah
tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur &
kemudiannya didapati HIV positif.
3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang
terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa
sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan
nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' ..
Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati... ..
4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...
jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul
tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di
dalamnya.