19.12.09

tAkE a BrEak....;)

The hubby is an IT Programmer!!!
Percakapan antara seorang isteri dengan suaminya, seorang Software Engineer:

Suami: (Pulang lewat dari opis) "Selamat malam sayang, sekarang abg logged in."
Isteri: Ada abg bawa balik oleh-oleh yang Yah minta?
Suami: Bad command or filename.
Isteri: Tapi Yah dah pesan dari tadi pagi!
Suami: Errorneous syntax. Abort?
Isteri: Jadi, bagaimana tentang beli tv baru?
Suami: Variable not found...
Isteri: OK laa, kalau gitu Yah minta kad kredit abg. Yah mau belanja sendiri.
Suami: Sharing Violation. Access denied...
Isteri: Apakah abg lebih mencintai komputer daripada Yah? Atau abg saja nak bergurau?
Suami: Too many parameters...
Isteri: Itu kesalahan terbesar Yah menikahi orang "idiot" seperti abg ni (sambil menjuih bibirnya).
Suami: Data type mismatch.
Isteri: Malas laa layan abg (merajuk).
Suami: System Default.
Isteri: Bagaimana dengan gaji abg?
Suami: File in use ... Try later.
Isteri: Kalau gitu apa posisi Yah di keluarga ini?
Suami: Unknown Virus

9.12.09

wELcOmE: aLL aBoUt mE....

Alhamdulillah....setelah hampir berjam-jam aku 'duk' kat depan laptop ni semata-mata untuk update budaktunggal.blogspot.com,akhirnya aku berjaya!!!
Olek kerana aku bosan dgn template lame di 'Other Side Of Me' ni,aku tukar template yg baru.. Saje aku cari template yg ada kene mengena dgn aku. Perasan tak dengan gambar2 template terbaru ni..Ni semua berkaitan dgn kos pengajian yg aku amik sekarg:CONSTRUCTION MANAGEMENT di USM. Sebab itulah ada gambar rumah dan alat2 yg digunakan untuk melukis pelan...
Tambahan pula dgn izin-NYA aku akan bekerja dalam sektor industri pembinaan sebaik tamat pengajian.Semoga impian menjadi kenyataan. Insya-Allah.So....

WELCOME TO MY NEW SITE!!!

2.12.09

~mALaM pErTamA~

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah susuk Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun@jubah cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...
Dan tak seorangpun yang tahu..


" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."

renung-renungkanla sebagai pedoman ketika hayat dikandung badan
Sesungguhnya ingat mengingati adalah amalan mulia
Wassalam...

19.11.09

diDEdikAsikAn kHaS uNtUk MeReKa: PEROKOK




Alhamdulillah....aku kini kembali dalam penulisan blog setelah lama meninggalkan dek kerana busy ngn Exam...so entry yang aku tuliskan ini khas untuk member2 aku,abg2 aku n semua yang digelar PEROKOK x kira jantina dan peringkat umur!!!!
Sesungguhnya aku tidak berhak mengubah org lain selain mereka sendiri mengubah nasib mereka..tetapi dengan sedikit bingkisan ini diharapkan korg sume akan dapat sedikit ilmu...bukankah ingat mengingati adalah satu sifat mulia di sisi Islam????


Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa

Merokok & Kesuburan Lelaki
Suatu kajian yang melibatkan 5,000 orang kaum lelaki cina menunjukkan bahawa golongan yang merokok lebih daripada satu paket sehari adalah 60% lebih cenderung mengalami masalah mati pucuk berbanding dengan golongan yang tidak merokok.


Merokok & Kehamilan

Kaum wanita yang merokok adalah lebih cenderung megalami kesukaran untuk menghamil, mengalami komplikasi semasa kehamilan serta berisiko tinggi mengalami keguguran bayi.

Suatu kajian yang dijalankan di Pusat Perinatal Biologi di California membuktikan bahawa ibu mengandung yang merokok sepanjang tempoh kehamilan mendatangkan impak negatif kepada jantung fetus.

Merokok & kesannya terhadap kanak-kanak
Asap rokok pasif (second hand smoke) mampu merosakkan fungsi arteri kanak-kanak, berdasarkan kajian Finnish yang diterbitkan dalam American Heart Association journal Circulation yang melibatkan 400 orang kanak-kanak berusia antara 8 hingga 11 tahun.

Selain itu, asap rokok pasif juga mengakibatkan jangkitan pernafasan dan masalah telinga serta serangan asma yang teruk dan berulang di kalangan kanak-kanak.

Merokok & Paru-paru anda
Kematian akibat kanser paru-paru adalah 22 kali lebih tinggi di kalangan lelaki dan 12 kali lebih tinggi di kalangan wanita yang merokok berbanding dengan golongan yang tidak pernah merokok. Selain daripada kanser paru-paru, 90% kematian akibat penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik dapat dicegah dengan berhenti merokok.

cube tgk ape yg hangpa sume hisap tu....korg tgk lah sendiri bahan2 yg dibuat tuk menghasilkan sebatg rokok!!!!korg x jijik ker?????lu pikir lah sendiri. jika korg nak hisap gak rokok tu..HISAP lah..'SELAMAT BERAMAL.....'

insya ALLAH lepas ni aku post entry ttg hukum merokok mengikiut perspektif ISLAM....insya ALLAH...

KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK

AKU BENCI ROKOK!

17.11.09

kHaS uNtUK sI DiA:kEhiLAnGaNmU kErEDhAaNkU


Kehilanganmu...
Satu kejutan hebat

Kehilanganmu...
Berita amat pedih untuk diterima

Kehilangamu...
Keluargamu sedih juga orang disekelilingmu

Kehilanganmu...
Mengalirkan airmata yang tiada hentinya

Kehilanganmu...
Kehidupan tidak seceria dulu

Kehilanganmu...
Tiada ganti senyummu
Tiada ganti lirikan matamu
Tiada ganti kata manismu
Tiada ganti guraumu
Tiada ganti keprihatinanmu
Tiada ganti kasih sayangmu
Tiada ganti dirimu
Tiada ganti segalanya...

Kehilanganmu...
Biar dicari sekeliling dunia
Tiada serupamu
Tiada seperti dirimu...

Kehilanganmu...
Seribu kesedihan
Seribu kesakitan
Seribu kesedaran
Seribu kekesalan
Seribu keinsafan
Seribu dalam semua

Kehilanganmu...
Takdir telah menentukannya...
Duniaku kini kehilangan ORANG TERAMAT ISTIMEWA...

Pergimu tanpa pesan
Tiada yang duga
Tiada yang sangka
Kita hanya merancang
Cuma ALLAH yang menentukan segalanya
Moga damai dikau disana

Kini... Kehilangamu...
Diiringi seribu harapan
Diiringi sejuta doa Semoga rohmu dicucuri rahmat....
Disiniku titipkan doa
Amin...

Al-Fatihah...

21.10.09

Latest: 35 sejadah mendirikan solat!!!!_(ALLAHUAKBAR......)



Okt 21, 09 6:29pm


Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA

20.10.09

KPM09/10:tErBiNaNyA uKhWaH aTaS jAmBaTaN pErJuAnGaN





Satu Perjuangan

Syukur Pada Yang Esa
Rahmat PemberianNya
Persaudaraan, Keharmonian

Jalinkan Kasih Sayang
Hulurkanlah Bantuan
Kepada Yang Memerlukannya

Mari Kita Bina Satu Ummah Majujaya
Mula Diri, Keluarga, Sahabat
Masyarakat Dan Negara

Dengan Satu Perjuangan
Satu Arah Tujuan
Di Bawah Rahmat Yang Esa

Kita Melangkah Seiringan
Satu Perjuangan

Rintangan Pasti Melanda
Jangan Undur Walau Selangkah
Teruskan Perjuangan
Hingga Ke Akhirnya
Andai Kau Gugur
Andai Kau Syahid
Kau DiredhaiNya







Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.
Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.

*Alhamdulillah...tamat sudah program Kem Penggerak Masyarakat(KPM) yg baru saja tamat(16-18 Oct 2009) di Surau Kg. Pondok Upeh,Balik Pulau,Pulau Pinang.Semoga ukhwah yg terjalin akn kekal abadi di bawah rahmat-NYA..jom lepas ni joint program2 lain lak under PPM...
SALAM UKHWAH....

10.10.09

KEM PENGGERAK MASYARAKAT(KPM 09/10)

Assalamualaikum.....Align Center


Mahasiswa Minda Merdeka Teras Membina Masyarakat Bertamadun ”


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat(PPM USM)akan mengadakan sebuah program iaitu Kem Penggerak Masyarakat(KPM) pada ketetapan berikut:


Masa : 16-18 Oktober 2009
Tempat : Batu Maung,Pulau Pinang
Bayaran : RM10.00 sahaja(jihad fisabilillah)


APA ITU KPM???

PPMUSM mengambil langkah komprehensif dalam mendekatkan golongan mahasiswa dan mahasiswi dengan masyarakat sekeliling dengan menganjurkan program Kem Penggerak Masyarakat (KPM) sebagai satu landasan atau wadah dalam merapatkan lagi hubungan silaturahim antara golongan mahasiswa dan masyarakat.

Program ini yang dijalankan di kawasan desa dan kawasan pedalaman adalah bertujuan membuka minda serta mendedahkan lagi golongan mahasiswa keadaan kawasan pedalaman bagi memperluaskan pandangan mereka terutama dalam bidang pendidikan serta bidang-bidang utama yang lain.



Disamping itu, penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam program sebegini juga dapat melatih mereka lebih peka dan prihatin dengan isu-isu semasa serta memahami peranan mereka selaku generasi berilmu untuk sama-sama berganding bahu dengan masyarakat setempat dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.



OBJEKTIF KPM

1.Mengembalikan fungsi mahasiswa selaku golongan berilmu dalam membantu dan menyumbangkan idea bernas dalam meningkatkan lagi kualiti sesebuah masyarakat bedasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

2. Memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.

3.Membentuk jati diri dalam kalangan peserta agar lebih prihatin dan sensitif dengan permasalahan masyarakat dan global.

4.Melatih dan meningkatkan kemahiran peserta untuk mendekati dan berkomunikasi dalam masyarakat.


Oleh yang demikian,PPM USM sangat mengalu-alukan penyertaan semua mahasiswa/i untuk menyertai pelbagai program yg telah dirancang pada tarikh berkenaan.


Jadi kami akan membuka kaunter untuk sebarang pembayaran,pertanyaan dan mengenali PPM USM itu sendiri pada ketetapan berikut:


Tarikh:12-15 Oktober 2009

Masa: 9.00 am-5.00 pm

Tempat:Hadapan Foyer Dewan Kuliah K


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh lah hubungi:

saya(NYDP 2 PPMUSM@pemantau KPM)

ISZUWAN(013-7572706)


Pengarah Projek KPM

Zahari(013-9549794)


Timb. Pengarah Projek KPM

Dayah(017-4181598)



Semoga dipermudahkan segala urusan....

Daripada Mayarakat Kepada Masyarakat.....

26.9.09

aNeKa rAgAm-AnEkA piLiHaN


Aneka ragam,aneka pilihan???ape kene mengena tajuk ni dgn entri aku kali ini???hmm....mestilah ade kaitan.Kalo x de kaitan x kan aku tulis,membuang mase jer!heheh...

Kalo time tiba raye jer,antara 'benda' yang terfikir mestilah kuih-muih yg menjadi tradisi org Melayu sebagai mknn utama kepada tetamu.Mcm2 jenis yg kita leh pilih...

Tahun ni lak seperti biase kuih2 raye dibuat oleh kakak2 n mak n adik....satu sifat yg aku suka pada mak aku,dia x kan beli kuih tunjuk2(kuih yg beli kat kedai@bazar),katanya kalo kat kedai x sedap,bukan org yg wat,mesin yg wat...so rase 'air tangan' tu x de..lagipun belom tentu sedap.Mesti ade yg kurg gula r,kurg majerin,badam dll....
kalo wat sendiri puas hati..x kisah lah kalo hangus cikit2...janji kepuasan tu ade...antara jenis kuih yg depa wat mcm kuih kacang,almond landon,samperit dll(tu jer yg aku tau name jenis kuih,aku ni tau makan jer,hahah).


Antara juadah di pagi raya

Mcm thn2 lepas gak,aku ngn member2 konvoi dari rumah ke rumah..memg tradisi kami setiap thn..maklumlah ade antar kami jumpe setahun sekali jer.Ye r masing2 dah wat hal masing2: ade yg dah keje,dah jadi mak bapak,ade yg still belajar,wat business sendiri dll. So bile berjumpa ramai2 ni mcm2 ragam@ karenah boleh jumpa.Perangai giler2 dari sekolah yg x penah berubah.hahahah...tengok r gambo2 kat bawah ni(tapi dapat upload cikit jer,maklum pakai USMHotspot kan,so faham2 je r.huhu)

wei jamal,relex r makan sate tu...tau lah ko ngidam sate,jgn sampai lidi tu tercucuk kat mulut ko lak!!!
3 jejaka pingitan menanti air yg dihidangkan...awatlah lame sgt ni????
'lihat gigiku,putih kan???,terima kash COLGATE'...kalo nak tau ni lah model2 gigi bertaraf international....
hari last kitorg beraya tuk 2009...semoga ukhwah yg terjalin akn kekal di bawah rahmatnya...amin
JUMPA LAGI .......

20.9.09

~sALaM leBaRaN~

Alhamdulillah.....kita telah selamat menunaikan Rukun Islam yg ke-3 iaitu berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Then,fajar Syawal pula menyusul..so dengan rasa rendah diri dan penuh tawaduk di hari dan bulan yg baik ini,(khas kepada pengunjung blog x kisahlah samada pengunjung setia atau tidak sengaja singgah ke blog aku ini dan semua yg mengenali aku),aku ingin mengucapkan:

14.9.09

~mAsiH Ada YaNg SaYaNg~


Alhamdulillah....2 hari(13 & 14) lepas aku baru saje joint buka pose n wat program bersama anak yatim di Kulim,Kedah...sebuah program yang dinamakan 'Masih Ada Yang Sayang'...program ini dijayakan bersama Badan Kebajikan Nun (BAKUN).
Melihat kepada kehidupan seharian adik2 ini banyak memberikan pengajaran kepada kami(fasi2) ttg menghargai kehidupan yang penuh dengan kesih sayang dari ibu bapa....
Untuk adik2 yang Abg Is (gelaran aku sepanjg program) kasihi,renungilah bait2 lirik lagu di bawah:
Masih Ada Yang Sayang PAdamu
Masih Ada Yang Rindu PAdamu
Mengapa Dikesalkan Dirimu
Masih Ada Yang Sayang PAdamu
Masih Ada Yang Rindu PAdamu
Mengapa Dikesalkan Dirimu
Senyum-senyum Selalu
Masih Ada Yang Sayang PAdamu

Berkat Bulan Yang Mulia Kita Berdoa
Lupa Segala Derita Di Hari Raya

Syukur PAda Ilahi
Apa Yang Dikurnia
Masih Ada Insan
Yang Lebih Menderita Dari Dirimu

Masih Ada Yang Sayang PAdamu
Masih Ada Yang Rindu PAdamu
Mengapa Dikesalkan Dirimu
Senyum-senyum Selalu
Masih Ada Yang Sayang PAdamu


Untuk adik2 semua yang Abg Is sayangi,kita memang tidak diminta untuk dilahirkan tanpa ayah atau ibu disisi...tapi ingatlah adik2...adik2 masih ada ALLAH,DIA akan sentiasa disisi adik bila adik keseorangan mahupun kesusahan,asalkan adik2 sentiasa mendekatkan diri kpd-NYA...adik2 perlu ingat,sesusah atau menderita kita,ada lagi orang yang susah dari kita di luar sana....ALLAH tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuan dirinya...
So ape yang Abg Is harap,adik2 dapat meneruskan hidup,sentiasa mencuba menjadi manusia yang terbaik dari semasa ke semasa,menjadi Muslim yg sejati dan apa yg terptg ialah sentiasa mendoakan ibu bapa k...
Ape2 pun Abg Is mendoakan adik2 semua berjaya di dunia dan diakhirat....insya-ALLAH
~Salam Aidilfitri~