Pada 29 januari-30 januari 2010 lepas,Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat(PPM USM) telah mengadakan program Kem Anak-Anak Soleh(KASEH) anjuran bersama NGO Islam iaitu Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN) yang diadakan di Surau Kampung Kilang Lama,Kulim Kedah. KASEH telah disertai oleh 42 peserta anak yatim dan dibantu Fasi2 dari PPM USM seramai 17 org..setelah apa yg dirancang selama hampir sebulan,program ini telah berjaya dilaksanakan dgn jayanya.Lihatlah wajah2 keriangan anak2 yatim ini bersama fasi2....:
Pengarah program KASEH,Faridah sedang menyampaikan hadiah kpd peserta yg aktif...walaupun hadiah nya hanya sebatg pen,tapi itulah menjadi rebutan,,haha
Abg Is sedang memarahi peserta..siapa Abg Is ni???encem nya(itulah aku)hahah
sume control macho n cun..gambar kenangan sebelum bersurai
saat menyayikan lagu Jalinan..namapak semua adik2 bersemagat menyanyikan..best dapat melihat gelagat adik2 ni
Indahnya suasana kita dihari ini
Ceria bersama bermesra
Erat silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia
Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya
Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira di akhirat sana
Erat Silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia
Yang tua dihormati
Yang muda disayangi
Cetuskan suasana harmoni
Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya
Kita jalinkan
Kasih sayang
sewaktu sesi taaruf bersama fas2 pempuan
adik2 ketawa semasa slot yg dijalankan Ustaz Hafizan...memg ceria
adik ni sgt2 istimewa..dengan semanagt kentalnya memberi byk pengajaran kpd kami ttg bagaimana mensyukuri nikmat ALLAH
terpegun adik2 mendengar Kak Lillah bercerita..jom naik kapal terbang..heheh
sewaktu sesi riadah
adik2 yg ceria dan sporting mereka terserlah semasa bermain baling belon yg berisi air..mcm2 ragam adik2 ni...best2
Sabda Rasulullah saw : Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.
anak-anak yatim adalah kekasih Allah seperti juga baginda Nabi Muhammad S.A.W .
وَءَاتُوا الْيَتَامَى أَمْوَالَهُمْ وَلَا تَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَى أَمْوَالِكُمْ إِنَّهُ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا
p/s :Ada satu ketenangan yang saya nikmati di celah-celah hiruk pikuk anak-anak yatim itu. Saya mula berfikir-fikir... erm, saya mahu membela anak-anak yatim seperti ini!
saya mahu... oh ya Allah, mampukah aku?