30.8.09

AiR mAtA sEoRanG LeLaKi

Assalamualaikum....
Akhinya dapat jugak aku update blog ni...dah lama aku x menaip 'something' dalam 'The Other Side of Me'....maklumlah sejak jadi 'budak senior' kat USM ni,mc2 kerja yg perlu diutamakan....meetg sane sini,class sane sini dll....xpe2..itu lumrah bg seorang yg di gelar pelajar..
Setelah dipikirkan sejak aku bersahur tadi,aku dapat idea untuk 'post' dalam blog aku kali ini...
Kali ini aku akan bercerita cikit ttg Air Mata Seorang Lelaki. Sebelum ni aku ade post entry yang bertajuk Kecantikan Seorang Lelaki'(kalo korg nak baca korang g kat post aku kat bawah tu dlm blog aku r....xkan blog org lain lak)..so ni kesinambungan nya..Hm...Perlukah sesorang lelaki itu menangis?

Melihat seorang wanita menangis, mungkin pemandangan kita terlalu biasa dan menganggap dia terlalu sensitif. Tetapi, bagaimana pula sekiranya seorang lelaki yang terkenal dengan sifat gagahnya meraung disebabkan keegoannya dicabar?

Melihat lelaki mengalirkan air mata akan menyebakan orang lain mengatakan seperti; x gentlement r, hati sensitif,dll...ade gak kaum sejenis yg beranggapan 'air mata lelaki tu MAHAL!'..huhh..
Tapi pendapat aku,kadang2 kita perlu menangis,menagis bukan kerana kita ngada2! tapi menangis untuk menyesali perbutan2 yg telah
kita lakukan pd masa lampau.Menangis utk mendapatkan keampunan kpd ALLAH...menangis untuk mendapatkan kelapangan n ketenangan hati..dan mc2 lagi..

Patutkah kaum adam menahan air mata nya dari mengalir ke pipi semata-mata untuk tidak menjatuhkan keegoannya???Para Rasul pun menangis setiap kali mendirikan solat untuk mendapat keampunan dari ALLAH walaupun mereka adalah ersifat 'maksum' ataupun menyesali perbuatan lalu..ini apa lagi kita...huhuhu...

Bercerita Dengan Nada Hampa
Seorang Lelaki Yang Berputus Asa
Dengan Takdir Tuhan Ke Atas Nasibnya
Memanggil Pulang Sebuah Cinta
Perempuan Yang Dipuja-puja
Berjanji Bersama Dalam Suka dan Duka
Berpaut Cinta Telan Yang Meruntuh Hati
Terselindung Wajah MisterI

Lelaki
Tak Mengerti Perubahan Perasaan
Tak Mengerti Tipudaya Permainan
Seorang Kawan

Lelaki
Tak Mengenal Keikhlasan Semua
Tak Menilai Kata Cinta Dibisikkan
Oleh Misteri

Di Kala Tak Sengaja Tersembunyi Cintanya
Lelaki Jauh Dari Sulitnya
Dia Lelaki Yang Berkurangan
Dalam Sifatnya Dalam Cintanya

Dalam Cintanya
Airmata Seorang Lelaki
Dari Racun Bisa Meruntuh Jiwa
dan Keliru Dalam Persimpangan
Arah Ke Syurga Atau Sebaliknya

(Aku dapat lirik lagu ni dari seorg kenalan lama melalui e-mail..tapi aku x tahu lagu zaman bila n x pernah dengar,so kalo korang ade lagu ni bagi lah kat aku..heheh.yg aku tahu penyanyinya 'GUYS'.)

So,korang yg bergelar lelaki perlu memperbetulkan mentaliti n sifat 'kegentlement' korang tu.... air mata bukan hak milik wanita sahaja,tetapi ia adlah milik kita jugak....alangkah ruginya jika sepanjang hidup korang tidak menagis...that means korang sudah terlepas salah satu kenikmatan yg patut korang rasai dalam hidup.kadg2 kita akan dapat mengenal erti 'KEPUASAN' dengan menangis... huhhu..

WALLAHUALAM....


AMARAN!:mentang2 lah korang dah baca entry ni,korang janganlah pulak ngada2 nak menangis tanpa sebab musabab!lagi-lagi dalam bulan pose ni..kang kurang lak pahala kalo x pon batal lak pose korg! ish2.....




6.8.09

sAtU pErJuAnGaN:generasi ke-11 kepimpinan PPMUSM 09/10


Rahimie
YDP PPMUSM


khalilah
NYDP1
(dakwah tarbiyyah)


husnil
Timbalan NYDP1
(dakwah & tarbiyyah)


iszuwan
NYDP2
(ukhwah-akademik-kebajikan)


Ayuni
Setiausaha Agung


Intan
Setiausaha Organisasi


Qayyum
Bendahari


Abel
Timbalan bendahari


Farid
Setiausaha Eksekutif
jaringan hubungan (networking)

Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (PPMUSM)

adalah gerakan pelajar yang serius bertujuan menyedia dan mengupayakan mahasiswa agar mampu berfungsi di dalam masyarakat.

Dalam masa yang sama PPMUSM terlibat dalam proses islah (perbaiki) masyarakat akar umbi..


PPMUSM adalah wadah untuk KITA berkhidmat dalam masyarakat.
Di sini kita akan menerima sesuatu yang beharga..
Dan apabila kita keluar dari kampus, menjadi kewajipan kita untuk memberi semula kepada masyarakat..

Perjuangan mahasiswa tidak seharusnya terhenti sebaik mereka meninggalkan kampus.
Kita mahu memastikan mahasiswa yang dilahirkan oleh PPMUSM akan terus mencurah bakti kepada masyarakat setelah meninggalkan kampus..


petikan ucapan dasar:
Sedar atau tidak, sebenarnya PPMUSM telah melangkah ke usia 10 tahun setelah dilahirkan semula di bumi USM ini. Sorotan sejarah menceritakan kepada kita banyak gerakan-gerakan Islam kecundang di usia ini. Seharusnya pada usia sebegini PPMUSM telah bersedia untuk melihat kembali kepada matlamat PPMUSM dalam usaha "Mengupayakan kesedaran dan mencetuskan tindakan mahasiswa ke arah memartabatkan identiti serta maruah masyarakat seterusnya menjadi pelapis dan pembela masyarakat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah"......

..... PPMUSM juga seharusnya mengembalikan fungsinya yang sebenar sebagai wadah terbaik dalam menjadi jambatan penghubung antara mahasiswa dan masyarakat. Selari dengan slogan yang selalu diwarwarkan oleh PPMUSM "Dari Masyarakat Kepada Masyarakat'.

from:coretanfisabililah

4.8.09

kEmBaLi LaGi.....

Alhamdulilah....akhirnya aku kembali semula dalam penulisan blog...setelah berehat panjang kira-kira 6 minggu. Berehat kerana ke 'busy' an aku mengalah kan menteri..hehe...sibuk dengan Latihan Industri selama 12 minggu di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara(KEJORA).
Then setelah masuk sem baru,terus dapat projek studio yang memerlukan komitmen yang tinggi untuk menghasilan projek yang berkualiti..insya Allah..lepas tu busy lak ngn 'kerja-kerja persatuan' ditambah lagi dengan laptop yang problem,wireless x boleh connect dan trip ke Tasik Kenyir & Kuala Terengganu yang menyebabkan aku tidak berkesempatan masa menaip 'entri' baru dalam 'THE OTHER SIDE OF ME'....
Tapi sekarang,InsyaAllah aku akan kembali aktif dalam penulisan blog yang akan membawa manfaat kepada semua dan tentu sekali aku akan banyak cerita tentang program2 terkini PERGERAKAN PERKHIDMATAN MASYARAKAT(PPMUSM) yang aku kasihi....

'Sampai jumpa di lain entri'