31.12.08

AkU sEpI....




Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mahu mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

KEM BINA INSAN


Hari ini tanggal 28 Disember 2008(Ahad),aku telah joint satu lagi program ‘under’ Persatuan Ulama Malaysia(PUMPP) dengan ‘collaboration’ Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPMUSM)…..name program tu ialah Kem Bina Insan kat Permatang Pauh….

Fasi2 lelaki telah berkumpul di Seberang Perai di ‘office’ PUMPP sejak pagi Sabtu lagi.Kat situ gak aku telah berjumpa dengan Abang Izat..abang angkat aku..lame x jumpe dia….x sangka lak rambut kat kepala dia makin tebal..he2….lupe lak nak bagi tau sape fasi laki2 tu:Rahimi,Farid,Jebat,Ding,Hamdi.6 orang jer…

Fasi2 pempuan lak sampai kat Permatang Pauh malamnyer…aku sangkakan ramai fasi pempuan joint..rupe2nyer 3 orang jer(fairuz,asma HBP,abel)..terkejut aku..tapi x pe r..maybe masing2 ade hal.Aku pun macam tuk gak..time x busy baru aku joint program2 PPM….

Modul yang dibuat pada dasarnya untuk ‘student2’ sekolah rendah kat kawsan berhampiran..so aku sangat teruja….aku fikirkan ramai yang joint.Pada malam sebelum wat program kami telah di beri taklimat oleh Kak Fisah sbg ‘coordinator’ dan 2 lagi akak(lupe lak aku namenyer….)

So,sok pagi aku bangun awal dengan semangat yang berkobar2 coz dah lame aku x joint program macam ni…sem lepas berape kali jer aku joint coz terlalu busy..huhu2..sampai jerk at sane aku ‘impressed’ ramai yang datang sampai penuh dewan tu..tapi 10 orang jer…haha….nampak gayanyer bilangan fasi lagi ramai dari peserta.

Pada awalnyer setiap fasi akan dapat sekurang2nyer 5 peseta tiap fasi..tapi memendangkan hanyer 10 orang jer hanya 3 fasi jer yang terpilih iaitu Abel,aku dan Asma…aku dapat 3 orang iaitu Amer,Nur Fatimah Az-Zahrah(sedap name tu)dan Aishah…aku pun jalan kan axtiviti seperti yang terdapat dalam modul…

Aku lak ditugaskan tuk jalankan aktiviti yang last sekali iaitu’Counter Back’…oh yer aku nak citer cikit pasal adik2 ni..aku tgk pada awal program mereka memang pasif..biasa r tu maybe diorang belum kenal lagi kami..masih malu2 lagi kot..cume sorang jer yang aku nampak aktif(Ameeer)…

Lepas tu masuk aktiviti yang dijalan kan Fairus aku nampak mereka sume mengantuk..so aku amik tempat Fairus jap wat game….tujuan nyer supaya mereka lebih semengat nak dengar..x tau sama ade ape yang aku watt u berkesan ke x…haha2....

Berkesan kot...

Ha..pasal adik2 aku 3 0rang ni lak...yang Amer tu memeng aktif dari mule joint program lagi sampai abis,,tapi Fatimah ngn Aishah yang perlu aku dekatkan diri..macam2 ‘method’ yang aku wat...mengikut ‘acuan’ aku sendiri..Alhamdulillah..lame2 diorang dah leh rapat ngn aku..ni yang aku nakJ

Overall..aku rasekan ape yang kami wat ni ade matlamatnyer dan ia tercapai..walaupun bilangan peserta nyer sikit..Sebelum program abis aku ade tanyer beberapa pandangan fasi2 tentang bilangan peserta tu..diorang kate kita nak KUALITI bukan KUANTITI..tu memeng betul..tapi ‘in my opinion’..kalo boleh KUALITI tu perlu seiring sekali ngn KUANTITI...baru lah aku nampak program ni betul2 berjaya setimpal dengan usaha penggerak..alang2 menyeluk pekasam..nampak gaya nyer pengerak2 mesti kene cari cara lain tuk menarik minat bilangan peserta yang lebih ramai..lagi best..tu pandangan aku r...jangan lah asyik bile wat program jer fasi lagi ramai dari peserta...hehe2..tapi Kem Bina Insan ni memeng BEST n x mungkin aku lupekan......

Hmmm...lepas ni aku x atu bile aku boleh joint program mcm ni..aku pun dah mule busy ngn projek2 yg semakin banyak.Cume aku sentiase doakan PPMUSM akan sentiase berjaya dengan haluannyer..amin....

19.10.08

andai KU tahu


Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Mungkin tahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu

Ampuni aku
Dari segala dosa2 ku
Ampuni aku
Menangis minta tobat PadaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu

26.8.08

kini


tido di masjid, tapi tatkala Khutbah telah tamat
kita terus terjaga? Kenape terlalu susah utk berkata ttg Allah..tapi terlalu senang utk berbicara ttg sex....Kenape kita terlalu bosan (malas) utk membaca al-Quran..tapi
terlalu senang membaca majalah playboy (lucah)?? Mengapa terlalu mudah utk kita memadam mesej berkenaan Islam..kemudian kita menyebarkan (forward) mesej yg nakal (mesej kurg elok)??.. Kenape masjid2 makin kurang jamaahnya, sedangkan bar2 dan kelab2 malam semakin ramai pengunjungnya?? Fikirkanlah ttg nya.. Adakah anda akan sebarkan (forward) mesej ini atau memadamkannya (delete) ? Ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan mu, jika anda cintakan Allah maka semestinya anda akan menghantarkan mesej ini kepada rakan anda

13.4.08

MAHA BESAR


Ada seorang ulama yang terpengaruh kat Malaysia mengatakan bahawa planet Marikh telah mengalami pusingan terbalik pada September tahun lepas.Maka planet yang berhampiran dengannya akan turut mengalami fenomena yang sama.Andai kata ia berlaku pada planet Bumi,matahari akan terbit dari Barat dan berlakulah tanda-tanda kiamat yang semakin hampir.....masa itu juga lah pintu taubat akan tertutup bagi umat manusia di muka bumi ini. Fenomena yang pelik ini turut diperakui oleh NASA dan disembunyikan dari pihak lain kerana katanya ia akan menguntungkan pihak Islam....Wallahualam...aku x tau sejauh mana kebenarannya....
Sejak akhir-akhir ini banyak kejadian pelik dan aneh yang tidak pernah terfikir oleh kewarasan akal manusia telah berlaku seperti kelahiran bayi berwajah ular,singa menyebut nama Allah,kanak-kanak berusia 4 tahun menghafaz Al-Quran,kanak-kanak yang bukan berasal dari keluarga Islam tahu tentang Islam,lelaki mengandung,kalimah ALLAH terpalit di dahi bayi di Sumatera,seekor arnab ada siong dan lain-lain lagi.Semua ini banyak didedahkan di media massa termasuk majalah,suratkhabar dan You Tube....
Kadang-kadang aku terfikir adakah semua fenomena yang berlaku ini terjadi disebabkan Allah mahu menunjukkan kekuasaannya yang tiada tandingan ataupun hendak menyindir seluruh umat manusia tentang apa yang telah mereka lakukan di planet ini?sama-samalah kita renungkan wahai sahabat...........................

26.3.08

Sahabatku............


renungkanlah......
yg bernama sahabat itu luhur maksudnya,sentiasa bersama dlm suka & duka, menegur kesilapan, memuji kebaikan,menutup keaiban tatkala teralpa dialah mengingatkan, tatkala bergelap dialah yg menerangi, tatkala terkurang dialah menambahkan, tatkala terlebih dialah jd pengagih..beban berat sama dipikul, beban ringan sama dijinjing, sentiasa ada waktu diperlukan..krn tawa & tangis sahabat itu sentiasa berpintal, bertemu & berpisah cuma hanya dgn Redha ILLAHI.. moga makna ini terus kau terjemahkan, buat generasi dhadapan... sebuah persahabatan yg hakiki........................................
Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh dan entah di mana penghujungnya. Di lorong-lorong yang akan kita susuri sudah pasti terhidang di sana pelbagai onak dan duri yang sudah lama menanti. Ingatlah tidak pernah tercatat dalam sejarah dunia, Islam diterima dengan puji-pujian.
Sesungguhnya Islam tidak diterima dengan hamparan permaidani merah atau diserikan lagi dengan bunga manggar tetapi sedarlah saudaraku, sesungguhnya Islam diterima dengan kilauan mata pedang yang akhirnya menghadirkan darah merah membasahi bumi. Itulah gambaran hidup seorang mujahid dan kita mesti menuju ke arah itu.
Kekadang kita berbisik sendirian, mampukah aku? Kita belum tahu tetapi kita berdoa semoga Allah memberikan kita kekuatan yang jitu semoga kita selamat menghembuskan nafas sedangkan hati kita masih segar berpaterikan syahadah suci.
Ya Allah, Engkaulah yang punya segala-galanya. Kalau Engkau tidak memberi hal itu semua kepadaku hakikatnya aku hambaMu yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa. Untuk mengerdipkan kelopak mata pun aku tidak mampu, apatah lagi menggerakkan kepala dan gerakan yang lebih besar daripada itu terutamanya yang paling besar dan berat ialah untuk mengerakkan hati semata-mata untuk mengingatimu. Jadi, untuk apa aku berbangga dengan ibadahku sedangkan segala-galanya daripadaMu!Engkau yang menggerakkan urat sendi, Engkau yang menggerakkan anggota kepala dan akal. Engkau jualah yang menggerakkan jantung dan hati untuk sentiasa berzikir kepadaMu!

3.3.08

KASEH(PPMUSM)


Alhamdulillah…..2 minggu lepas aku telah menyertai satu program yang betul-betul telah meruntun jiwa aku iaitu program KASEH anjuran Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia(PPMUSM).Ini adalah program kedua yang telah aku libatkan selepas program Mahasisswa Bersama Masyarakat anjuran organisasi yang sama.

Tanggal 15 februari 20008,tepat pukul 9.30 malam,aku bersama peserta-peserta dan penggerak program KASEH telah bertolak dari Padang Kawat PALAPES,USM ke Sekolah Tunas Bakti(STB),Butterworth iaitu tempat kami mengadakan motivasi kepada adik-adik ‘istimewa’.Walaupun kami bertolak lewat kerana kesilapan teknikal,kami redha kerana sesungguhnya perancangan ALLAH adalah yang terbaik.Terus-terang aku katakan sepanjang perjalanan ke STB,perasaan gusar dan takut telah menyelubungi aku.Pada mulanya aku difahamkan modul menyediakan program untuk darjah 4 dan 5 di sekolah biasa.Tapi ALLAH Maha Mengetahui Lagi Bijaksana.Modul terpaksa ditukar disaat-saat akhir kerana pelbagai masalah dan kesilapan teknikal terjadi.Kini modul beralih pula ke STB iaitu sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bermasalah kerana kekhilafan mereka sendiri.

Dalam perjalanan juga, aku sempat menelefon ayahku yang sedang bekerja untuk meminta restu agar aku menjadi fasilitator yang berjaya dan dapat memberi sinar dan harapan baru kepada adi-adik ‘istimewa’ tersebut.Sepanjang aku berada dialam bas,aku sentiasa berzikir dan berdoa agar ALLAH memberi aku kekuatan untuk aku menghadapi adik-adik yang bermasalah tersebut kelak.

Tepat jam 10.15 malam,kami telah selamat sampai di STB.Hatiku mula berdegup dengan kencang kerana aku di ‘sogokkan’ oleh penggerak sebelum ini bahawa STB adalah hampir sama dengan Sekolah Henry Gurney.Jadi pelbagai kes yang aku fikirkan seperti kes bunuh.kes rogol,menyamun dan macam-macam lagi termasuk kes yang tidak masuk akal berlegar difikiranku yang telah dilakukan adik-adik ini sehingga dimasukkan sekolah terpilih ini.Sungguh kejam adik-adik ini…..

Selepas turun dari bas,aku ditugaskan oleh Kimi untuk membawa barang-barang keperluan sepanjang program ini seperti kanvas ke khemah yang disediakan oleh pihak sekolah.Lantas aku mengajak Amin untuk menjalankan tugas tersebut dengan meminjm motor Kimi.Untuk sampai ke kemah tersebut,aku terpaksa melalaui tempat penginapan pelajar sekolah berkenaan.’WOI……!!!’.Tiba-tiba aku dan Amin terdengar satu jeritan yang sangat kuat dari asrama berkenaan dan aku pasti jeritan tersebut adalah untuk aku dan Amin.Hatiku semakin berdebar-debar dan aku sentiasa mengucap dan berdoa banyak-banyak.’Ya ALLAH tolonglah hambamu yang lemah ini untuk berhadapan dengan adik-adik yang nakal ini’.Dan doa tersebut kuulang-ulang sepanjang malam……

Pada malam itu kami semua disambut oleh pihak sekolah termasuk Pn Norhana iaitu Pengetua STB.Beliau turut memberi sedikit ceramah dan informasi tentang latar beakang sekolah dan para pelajar disekolah berkenaan.Termasuklah kes-kes seperti hisap dadah dan mencuri yang menyebabkan adik-adik di sekolah ini ditempatkan di sekolah ini.Lantas aku terfikir,kes-kes yang disebutkan oleh Pengetua tadi tak lah seberat mana berbanding ‘first impression’ aku sebelum menjejakkan kaki ke STB.Sepanjang malam pertama aku disana,aku tidak dapat tidur dengan nyenyak.Bukan kerana masalah infrastruktur di kawasan tempat kami menginap tidak selesa,tetapi kegusaran aku semakin bertambah kerana esok pagi aku akan berhadapan dengan pelajar nakal tersebut buat pertama kalinya.Dan pada masa yang sama aku terlalu ‘excited’ untuk berjumpa dengan diorang kerana aku mahu menambat hati-hati mereka degan cara aku sendiri yang sebelum ini aku tidak pernah bagi pada sesiapa……

Pada keesokan pagi harinya iaitu 14 Februari 2008,aku bersama-sama peserta yang lain telah berkumpul di dewan STB dan menunggu ketibaan kesemua 67 pelajar yang terdiri daripada lingkungan umur antara 12 ingga 20 tahun dan kesemuanya adalah lelaki.Sebaik sahaja kesemua peserta dan pelajar berkumpul dan dikawalselia oleh beberapa pegawai STB,kami mulakan dengan slot 1.Sebaik tamat,slot 2 pula menyusul iaitu slot ‘Taaruf’.Inilah slot yang aku nanti-nantikan kerana melalui slot ini,aku dapat mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.Dalam slot ini,kesemua pelajar dibahagikan kepada 13 kumpulan. Aku ditugaskan untuk menjadi fasi kumpulan 6 bersama Kak Lin.Saat dibahagikan tugas alangkah terkejutnya aku adik-adik yang terpilih dalam kumpulan 6,badannya tegap dan besar persis seperti askar..Mengalahkan aku….peluh aku mula keluar dari keringat dahi.Tapi aku cuba tersenyum pada diorang untuk mnyembunyikan ‘nervous’ aku pada ketika itu……

Bermulalah sesi taaruf dikumpulan masing-masing bersama fasilitator yang terpilih.Nama adik2ku yang ku sayangi dalam kumpulan aku dengan Kak Lin ialah :
v Shamin
v Nizar
v Hamada
v Asyraf
v Firdaus

Sebaik sahaja taaruf dimulakan, aku dah mula rasa rapat dengan Shamin.Mungkin perangai aku ada banyak persamaan dengan dia iaitu ‘happy go lucky’ dan x pandai nak serius.Tapi cuma adik-adik aku 4 org yang lain agak pasif.Sepatah aku tanya,sepatah diorang cakap.Itu pun nasib baik diorang jawab lah jugak….tapi kebanyakkan yang aku dengan Kak Lin tanya diorang ,satu perkataan pun x jawab.Cume Shamin jer yang boleh dikatakan peramah.Itu pun kalau aku yang tanya. Sampai kan aku rase tension dengan diorang.Nasib baik kekuatan aku ada Kak Lin….kami banyak bagi ‘support’ antara satu sama lain.

Hari itu satu persatu slot dijalankan….perhubungan aku dengan Shamin pula semakin rapat.Kemana aku pergi,dia mesti ade kat sisi aku…samada nak solat,makan,mahupun dengar ceramah.Dan dari semase ke semasa aku cuba korek rahsia dia sikit demi sikit.Alhamdulillah dia sendiri yang menceritakan pada aku tentang kenapa dia ditempatkan di STB dan latar belakang dia sendiri tanpa aku menanyakan apa-apa soalan.Matahari hampitr melabuhkan tirainya…..aku semakin tension dan tidak berpuas hati sebab dalam kumpulan aku,aku hanya dapat ‘menangkap’ hati Shamin seorang.

Selepas solat maghrib dan mendengar sedikit ceramah dari ustaz jemputan,slot muhasah diri dijalankan.Inilah kemuncak slot yang aku tunggu…kerana inilah masa yang paling tepat untuk aku ‘menangkap’ hati adik-adikku seenuhnya.

Alhamdulillah….aku rasa malam itu adalah malam yang paling bermakna sepanjang hidup aku.Aku sapat rasakan yang aku dah mula rasa sayang dengan adi-adik aku dan mula rase nak rapat dengan diorang.Ini mungkin slot yang dijalankan oleh Kimi,Abang Wan dan Kak Lillah telah berjaya menyentuh hati diorang….dan yang paling best aku turut terasa kesannya sehingga aku sendiri menitiskan air mata.Baru aku sedar selama ini aku tidak pernah bersyukur dengan apa yang aku nikmati sekarang.Aku xpernah terfikir tentang realiti masyarakat sebenar diluar sana.Ya ALLAH aku sangat bersyukur kerana KAU tempatkan aku didalam sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.Aku sangat bersyukur kerana aku tidak pernah merasa dan ditempatkan dikalangan ‘mereka’ yang dahagakan kasih sayang keluarga hingga mereka terjebak dengan perkara-perkara negative sehingga mereka ditempatkan di STB yang mungkin masyarakat luar pandang sinis terhadap sekolah ini.Alhamdulillah……jadi inilah masanya untuk aku membantu golongan seperti mereka…..lalu malam itu aku dapat tidur dengan nyenyaknya berbanding malam semalam kerana aku sangat berpuas hati sebab aku dapat mendekatkan hatiku ke hati Shamin,Nizar,Ashraf,Fidaus,dan Hamada dengan pendekatan yang dilakukan oleh aku dan Kak Lin.Pendekatan yang mengikut acuan aku sendiri…….

Keesokannya iaitu tanggal Februari 2008,hari terakhir aku bersama adik-adikku yang aku sayangi dan ALLAH kasihi..Jadi aku gunakan sepenuh masa yang ada untuk mendekatkan diri aku dengan diorang semua.Alahamdulillah,Seorang demi seorang ceritakan masalah peribadi mereka kepada aku dan Kak Lin.Cuma Hamada jer yang tidak bagi tahu kepada kami.X pe r….mungkin dia tidak bersedia untuk berkongsi cerita dengan aku dan Kak Lin……..

Sebelum itu,pagi selepas bersarapan aku ditugaskan untuk handle aktiviti riadah…so aku buak aktiviti ‘chicken dance’ seperti yang dirancang dan diamanahkan kepada aku oleh Kak Sal.Kalau nak diikutkan aku memenag x nak wat coz aku x suka menari di khalayak ramai.Tapi dengan sokongan semua fasi,aku buat jugak dengan tanpa segan silunyaa.Haha………seronok tengok adik-adik STB menari…

Saat bertukar saat,minit bertukar minit,jam bertukar jam.Kini jam menunjukkan pukul 12 tengah hari tepat.Inilah saat yang paling aku tidak suka kerana majlis perasmian penutupan akan dijalankan.Ini bermakna aku akan berpisah dengan adik-adikku yang ku kasihi.Aku dapat rasakan yang program 3 hari ini tidak cukup untuk aku mengenali mereka sepenuhnya.Disaat aku mula nak rasa ‘close’ dengan mereka,disaat itulah aku perlu berpisah dengan mereka.Walaupun begitu,aku berjanji akan follow up diorang kerana aku dah dapat rasakan yang aku perlu bagi support untuk mereka menjadi insan yang lebih berguna pada masa hadapan ,walaupun kadang-kadang aku terfikir yang aku sendiri tidak sesuai untuk menjdi ‘supporter’ kepada orang lain.Tapi aku akan cuba sekudratku yang mampu untuk membantu diorang dengan pertolongan dari ALLAH.Insyaallh……

Semasa sesi perpisahan,adik-adikku semua kecuali Hamada, datang kearah aku.Mereka semua cium tangan ku dan memeluk erat badan ku.Aku tergamam seketika dan hatiku begitu sayu untuk meninggalkan mereka semua.Air mataku pula hampir berjujuran ke pipi tatkala Shamin membisikkan yang dia sayang padaku dan dia x pernah merasa kasih sayang seorang abang dan tidak pernah merasa didakap atau dipeluk oleh keluarga sendiri.

Sebelum kami semua bertolak balik,Shamin telah memberi sepucuk surat padaku dan menyuruh aku membaca setibanya aku berada didalam bas.Tidak lama selepas itu, aku didatangi pula oleh seorang pelajar dengan membawa 2 hadiah.Alangkah terkejutnya aku dan Kak Lin bahawa hadiah tersebut adalah dari Hamada dan untuk kami berdua.Walaupun Hamada memberi hadiah hanya kain pelekat,tetapi terus terang aku katakan hadiah tersebut adalah antara hadiah yang terlalu ‘istimewa’ pernah aku dapat sepanjang aku hidup di muka bumi ini.Aku dan Kak Lin teringin berjumpa dengan dia kerana sepanjang hari ini aku tidak bertemu langsung kerana dia jatuh sakit.Fasi2 yang lain turut merasa cemburu kerana hanya aku dan Kak Lin yang dapat hadiah daripada anak buah mereka.Lalu sebelum balik,kami semua sempat melalui asrama-asrama pelajar dan kesempatan ini juga kami dapat berjumpa semua adik-adik buat kali terakhir.Termasuklah aku berjumpa dengan adik-adikku terutama sekali Hamada.Cuma Shamin jer yg x dapat aku jumpa.Maka aku sempat memberi kata-kata nasihat yang terakhir bukan sahaja kepada adik-adikku tetapi juga kepada adik-adik STB yang lain sebelum aku beredar…. Ahhhhh….!!! Xbest nyer saat perpisahan macam ini. Kalau boleh aku x nak berpisah dengan mereka semua. Tapi aku terpaksa akur bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan…..

Setibanya aku berada didalam bas untuk pulang ke USM,aku tanpa berlengah membaca surat yang diberikan oleh Shamin kepadaku sebentar tadi.Hatiku begitu sayu tatkala membaca surat berkenaan.Lantas aku menukar-nukar surat dengan Kak Lin kerana adikku turut memberi surat kepada dia.Sepanjang berada didalam bas,banyak perkara yang berlegar difikiranku…kalau sahabat-sahabatku yang lain nyenyak dibuai mimpi,mungkin kerana kepenatan,aku pula memikirkan kenangan terindah yang baru sahaja aku lalui bersama-sama adik-adik STB. Di STB lah aku dapat belajar tentang kasih sayang,kehidupan dan reality masyarakat pada hari ini yang sebelum ini tidak pernah aku terfikir.Di STB jugalah baru aku sedar bahawa aku tidak pernah bersyukur kepada DIA atas apa nikmat yang aku dapat sekarang, bersama sebuah keluarga yang sentiasa ‘happy’ walaupun kadang-kala ada dugaan yang menimpa kami,tapi kami dapat atasinya bersama-sama.Alahamdulillah…

Sehingga ke hari ini selepas solat aku sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya memberi nur hidayah dan panunjuk kepada Shamin,Nizar,Hamada,Firdaus,Asyraf serta semua adik-adik STB agar mereka menjadi seorang yang berguna kepada agama,bangsa dan negara serta menjadi seorang muslim yang sejati……
Wahai sahabat-sahabat yang membaca coretan ku ini, marilah kita sama-sama sentisalah titipkan doa kepada mereka agar mereka tidak mengulangi kisah silam yang pernah mereka lalui atas kekhilafan mereka sendiri dan menjadi manusia yang mulia di mata ALLAH dan pandangan masyarakat……