3.3.08

KASEH(PPMUSM)


Alhamdulillah…..2 minggu lepas aku telah menyertai satu program yang betul-betul telah meruntun jiwa aku iaitu program KASEH anjuran Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia(PPMUSM).Ini adalah program kedua yang telah aku libatkan selepas program Mahasisswa Bersama Masyarakat anjuran organisasi yang sama.

Tanggal 15 februari 20008,tepat pukul 9.30 malam,aku bersama peserta-peserta dan penggerak program KASEH telah bertolak dari Padang Kawat PALAPES,USM ke Sekolah Tunas Bakti(STB),Butterworth iaitu tempat kami mengadakan motivasi kepada adik-adik ‘istimewa’.Walaupun kami bertolak lewat kerana kesilapan teknikal,kami redha kerana sesungguhnya perancangan ALLAH adalah yang terbaik.Terus-terang aku katakan sepanjang perjalanan ke STB,perasaan gusar dan takut telah menyelubungi aku.Pada mulanya aku difahamkan modul menyediakan program untuk darjah 4 dan 5 di sekolah biasa.Tapi ALLAH Maha Mengetahui Lagi Bijaksana.Modul terpaksa ditukar disaat-saat akhir kerana pelbagai masalah dan kesilapan teknikal terjadi.Kini modul beralih pula ke STB iaitu sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bermasalah kerana kekhilafan mereka sendiri.

Dalam perjalanan juga, aku sempat menelefon ayahku yang sedang bekerja untuk meminta restu agar aku menjadi fasilitator yang berjaya dan dapat memberi sinar dan harapan baru kepada adi-adik ‘istimewa’ tersebut.Sepanjang aku berada dialam bas,aku sentiasa berzikir dan berdoa agar ALLAH memberi aku kekuatan untuk aku menghadapi adik-adik yang bermasalah tersebut kelak.

Tepat jam 10.15 malam,kami telah selamat sampai di STB.Hatiku mula berdegup dengan kencang kerana aku di ‘sogokkan’ oleh penggerak sebelum ini bahawa STB adalah hampir sama dengan Sekolah Henry Gurney.Jadi pelbagai kes yang aku fikirkan seperti kes bunuh.kes rogol,menyamun dan macam-macam lagi termasuk kes yang tidak masuk akal berlegar difikiranku yang telah dilakukan adik-adik ini sehingga dimasukkan sekolah terpilih ini.Sungguh kejam adik-adik ini…..

Selepas turun dari bas,aku ditugaskan oleh Kimi untuk membawa barang-barang keperluan sepanjang program ini seperti kanvas ke khemah yang disediakan oleh pihak sekolah.Lantas aku mengajak Amin untuk menjalankan tugas tersebut dengan meminjm motor Kimi.Untuk sampai ke kemah tersebut,aku terpaksa melalaui tempat penginapan pelajar sekolah berkenaan.’WOI……!!!’.Tiba-tiba aku dan Amin terdengar satu jeritan yang sangat kuat dari asrama berkenaan dan aku pasti jeritan tersebut adalah untuk aku dan Amin.Hatiku semakin berdebar-debar dan aku sentiasa mengucap dan berdoa banyak-banyak.’Ya ALLAH tolonglah hambamu yang lemah ini untuk berhadapan dengan adik-adik yang nakal ini’.Dan doa tersebut kuulang-ulang sepanjang malam……

Pada malam itu kami semua disambut oleh pihak sekolah termasuk Pn Norhana iaitu Pengetua STB.Beliau turut memberi sedikit ceramah dan informasi tentang latar beakang sekolah dan para pelajar disekolah berkenaan.Termasuklah kes-kes seperti hisap dadah dan mencuri yang menyebabkan adik-adik di sekolah ini ditempatkan di sekolah ini.Lantas aku terfikir,kes-kes yang disebutkan oleh Pengetua tadi tak lah seberat mana berbanding ‘first impression’ aku sebelum menjejakkan kaki ke STB.Sepanjang malam pertama aku disana,aku tidak dapat tidur dengan nyenyak.Bukan kerana masalah infrastruktur di kawasan tempat kami menginap tidak selesa,tetapi kegusaran aku semakin bertambah kerana esok pagi aku akan berhadapan dengan pelajar nakal tersebut buat pertama kalinya.Dan pada masa yang sama aku terlalu ‘excited’ untuk berjumpa dengan diorang kerana aku mahu menambat hati-hati mereka degan cara aku sendiri yang sebelum ini aku tidak pernah bagi pada sesiapa……

Pada keesokan pagi harinya iaitu 14 Februari 2008,aku bersama-sama peserta yang lain telah berkumpul di dewan STB dan menunggu ketibaan kesemua 67 pelajar yang terdiri daripada lingkungan umur antara 12 ingga 20 tahun dan kesemuanya adalah lelaki.Sebaik sahaja kesemua peserta dan pelajar berkumpul dan dikawalselia oleh beberapa pegawai STB,kami mulakan dengan slot 1.Sebaik tamat,slot 2 pula menyusul iaitu slot ‘Taaruf’.Inilah slot yang aku nanti-nantikan kerana melalui slot ini,aku dapat mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.Dalam slot ini,kesemua pelajar dibahagikan kepada 13 kumpulan. Aku ditugaskan untuk menjadi fasi kumpulan 6 bersama Kak Lin.Saat dibahagikan tugas alangkah terkejutnya aku adik-adik yang terpilih dalam kumpulan 6,badannya tegap dan besar persis seperti askar..Mengalahkan aku….peluh aku mula keluar dari keringat dahi.Tapi aku cuba tersenyum pada diorang untuk mnyembunyikan ‘nervous’ aku pada ketika itu……

Bermulalah sesi taaruf dikumpulan masing-masing bersama fasilitator yang terpilih.Nama adik2ku yang ku sayangi dalam kumpulan aku dengan Kak Lin ialah :
v Shamin
v Nizar
v Hamada
v Asyraf
v Firdaus

Sebaik sahaja taaruf dimulakan, aku dah mula rasa rapat dengan Shamin.Mungkin perangai aku ada banyak persamaan dengan dia iaitu ‘happy go lucky’ dan x pandai nak serius.Tapi cuma adik-adik aku 4 org yang lain agak pasif.Sepatah aku tanya,sepatah diorang cakap.Itu pun nasib baik diorang jawab lah jugak….tapi kebanyakkan yang aku dengan Kak Lin tanya diorang ,satu perkataan pun x jawab.Cume Shamin jer yang boleh dikatakan peramah.Itu pun kalau aku yang tanya. Sampai kan aku rase tension dengan diorang.Nasib baik kekuatan aku ada Kak Lin….kami banyak bagi ‘support’ antara satu sama lain.

Hari itu satu persatu slot dijalankan….perhubungan aku dengan Shamin pula semakin rapat.Kemana aku pergi,dia mesti ade kat sisi aku…samada nak solat,makan,mahupun dengar ceramah.Dan dari semase ke semasa aku cuba korek rahsia dia sikit demi sikit.Alhamdulillah dia sendiri yang menceritakan pada aku tentang kenapa dia ditempatkan di STB dan latar belakang dia sendiri tanpa aku menanyakan apa-apa soalan.Matahari hampitr melabuhkan tirainya…..aku semakin tension dan tidak berpuas hati sebab dalam kumpulan aku,aku hanya dapat ‘menangkap’ hati Shamin seorang.

Selepas solat maghrib dan mendengar sedikit ceramah dari ustaz jemputan,slot muhasah diri dijalankan.Inilah kemuncak slot yang aku tunggu…kerana inilah masa yang paling tepat untuk aku ‘menangkap’ hati adik-adikku seenuhnya.

Alhamdulillah….aku rasa malam itu adalah malam yang paling bermakna sepanjang hidup aku.Aku sapat rasakan yang aku dah mula rasa sayang dengan adi-adik aku dan mula rase nak rapat dengan diorang.Ini mungkin slot yang dijalankan oleh Kimi,Abang Wan dan Kak Lillah telah berjaya menyentuh hati diorang….dan yang paling best aku turut terasa kesannya sehingga aku sendiri menitiskan air mata.Baru aku sedar selama ini aku tidak pernah bersyukur dengan apa yang aku nikmati sekarang.Aku xpernah terfikir tentang realiti masyarakat sebenar diluar sana.Ya ALLAH aku sangat bersyukur kerana KAU tempatkan aku didalam sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.Aku sangat bersyukur kerana aku tidak pernah merasa dan ditempatkan dikalangan ‘mereka’ yang dahagakan kasih sayang keluarga hingga mereka terjebak dengan perkara-perkara negative sehingga mereka ditempatkan di STB yang mungkin masyarakat luar pandang sinis terhadap sekolah ini.Alhamdulillah……jadi inilah masanya untuk aku membantu golongan seperti mereka…..lalu malam itu aku dapat tidur dengan nyenyaknya berbanding malam semalam kerana aku sangat berpuas hati sebab aku dapat mendekatkan hatiku ke hati Shamin,Nizar,Ashraf,Fidaus,dan Hamada dengan pendekatan yang dilakukan oleh aku dan Kak Lin.Pendekatan yang mengikut acuan aku sendiri…….

Keesokannya iaitu tanggal Februari 2008,hari terakhir aku bersama adik-adikku yang aku sayangi dan ALLAH kasihi..Jadi aku gunakan sepenuh masa yang ada untuk mendekatkan diri aku dengan diorang semua.Alahamdulillah,Seorang demi seorang ceritakan masalah peribadi mereka kepada aku dan Kak Lin.Cuma Hamada jer yang tidak bagi tahu kepada kami.X pe r….mungkin dia tidak bersedia untuk berkongsi cerita dengan aku dan Kak Lin……..

Sebelum itu,pagi selepas bersarapan aku ditugaskan untuk handle aktiviti riadah…so aku buak aktiviti ‘chicken dance’ seperti yang dirancang dan diamanahkan kepada aku oleh Kak Sal.Kalau nak diikutkan aku memenag x nak wat coz aku x suka menari di khalayak ramai.Tapi dengan sokongan semua fasi,aku buat jugak dengan tanpa segan silunyaa.Haha………seronok tengok adik-adik STB menari…

Saat bertukar saat,minit bertukar minit,jam bertukar jam.Kini jam menunjukkan pukul 12 tengah hari tepat.Inilah saat yang paling aku tidak suka kerana majlis perasmian penutupan akan dijalankan.Ini bermakna aku akan berpisah dengan adik-adikku yang ku kasihi.Aku dapat rasakan yang program 3 hari ini tidak cukup untuk aku mengenali mereka sepenuhnya.Disaat aku mula nak rasa ‘close’ dengan mereka,disaat itulah aku perlu berpisah dengan mereka.Walaupun begitu,aku berjanji akan follow up diorang kerana aku dah dapat rasakan yang aku perlu bagi support untuk mereka menjadi insan yang lebih berguna pada masa hadapan ,walaupun kadang-kadang aku terfikir yang aku sendiri tidak sesuai untuk menjdi ‘supporter’ kepada orang lain.Tapi aku akan cuba sekudratku yang mampu untuk membantu diorang dengan pertolongan dari ALLAH.Insyaallh……

Semasa sesi perpisahan,adik-adikku semua kecuali Hamada, datang kearah aku.Mereka semua cium tangan ku dan memeluk erat badan ku.Aku tergamam seketika dan hatiku begitu sayu untuk meninggalkan mereka semua.Air mataku pula hampir berjujuran ke pipi tatkala Shamin membisikkan yang dia sayang padaku dan dia x pernah merasa kasih sayang seorang abang dan tidak pernah merasa didakap atau dipeluk oleh keluarga sendiri.

Sebelum kami semua bertolak balik,Shamin telah memberi sepucuk surat padaku dan menyuruh aku membaca setibanya aku berada didalam bas.Tidak lama selepas itu, aku didatangi pula oleh seorang pelajar dengan membawa 2 hadiah.Alangkah terkejutnya aku dan Kak Lin bahawa hadiah tersebut adalah dari Hamada dan untuk kami berdua.Walaupun Hamada memberi hadiah hanya kain pelekat,tetapi terus terang aku katakan hadiah tersebut adalah antara hadiah yang terlalu ‘istimewa’ pernah aku dapat sepanjang aku hidup di muka bumi ini.Aku dan Kak Lin teringin berjumpa dengan dia kerana sepanjang hari ini aku tidak bertemu langsung kerana dia jatuh sakit.Fasi2 yang lain turut merasa cemburu kerana hanya aku dan Kak Lin yang dapat hadiah daripada anak buah mereka.Lalu sebelum balik,kami semua sempat melalui asrama-asrama pelajar dan kesempatan ini juga kami dapat berjumpa semua adik-adik buat kali terakhir.Termasuklah aku berjumpa dengan adik-adikku terutama sekali Hamada.Cuma Shamin jer yg x dapat aku jumpa.Maka aku sempat memberi kata-kata nasihat yang terakhir bukan sahaja kepada adik-adikku tetapi juga kepada adik-adik STB yang lain sebelum aku beredar…. Ahhhhh….!!! Xbest nyer saat perpisahan macam ini. Kalau boleh aku x nak berpisah dengan mereka semua. Tapi aku terpaksa akur bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan…..

Setibanya aku berada didalam bas untuk pulang ke USM,aku tanpa berlengah membaca surat yang diberikan oleh Shamin kepadaku sebentar tadi.Hatiku begitu sayu tatkala membaca surat berkenaan.Lantas aku menukar-nukar surat dengan Kak Lin kerana adikku turut memberi surat kepada dia.Sepanjang berada didalam bas,banyak perkara yang berlegar difikiranku…kalau sahabat-sahabatku yang lain nyenyak dibuai mimpi,mungkin kerana kepenatan,aku pula memikirkan kenangan terindah yang baru sahaja aku lalui bersama-sama adik-adik STB. Di STB lah aku dapat belajar tentang kasih sayang,kehidupan dan reality masyarakat pada hari ini yang sebelum ini tidak pernah aku terfikir.Di STB jugalah baru aku sedar bahawa aku tidak pernah bersyukur kepada DIA atas apa nikmat yang aku dapat sekarang, bersama sebuah keluarga yang sentiasa ‘happy’ walaupun kadang-kala ada dugaan yang menimpa kami,tapi kami dapat atasinya bersama-sama.Alahamdulillah…

Sehingga ke hari ini selepas solat aku sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya memberi nur hidayah dan panunjuk kepada Shamin,Nizar,Hamada,Firdaus,Asyraf serta semua adik-adik STB agar mereka menjadi seorang yang berguna kepada agama,bangsa dan negara serta menjadi seorang muslim yang sejati……
Wahai sahabat-sahabat yang membaca coretan ku ini, marilah kita sama-sama sentisalah titipkan doa kepada mereka agar mereka tidak mengulangi kisah silam yang pernah mereka lalui atas kekhilafan mereka sendiri dan menjadi manusia yang mulia di mata ALLAH dan pandangan masyarakat……

3 comments:

Unknown said...

salam wan...hehe..teka sapa ni..fairuz here!! alhmdulilah 33x syukur dan hinggakan hati menanggis dan sayu bila baca blog wan ni..sesungguhnya..ni luahan hati yang ikhlas..insyaALLAH ia memberi kesan kepada smua yang mmbaca..sapa ek sifu wan ni..lilah ek..bagus2..:)salam ziarah

Nooreena said...

salam`alayk~

good job! ;-)
hati terdetik, mengapa tunggal?
sebab nama 'wan' = one kah?

apa2 pun, semoga adik terus istiqamah.. ameen.


.x update blogger.
(hu2..inshallah end of this month baru dpt sambung balik blogging..rindunya~)

insan_kerdil said...

assalamualaikum...
erm..kenai x??
apa khbr??
terharu baca blok wan ni..akak siap nangis lg..huhu..
alhamdulillah..rs mcm org t'pilih plak..Allah 2 Maha adil n Maha Penyayangkan..Semoga semua org sentiasa dilimpahi kurniaNYA..amin..
Erm..sbl t'lupa..Hehe..
Gud luck exam..