19.4.10

satu perjuangan: Tahniah MT PPM USM sidang 2010/2011(generasi ke-12)

Tahniah kepada barisan pimpinan baru Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM USM) generasi ke-12 sidang 2010/2011:

YANG DI-PERTUA
Muhamad Farid bin Mohamed Fuad

NAIB YANG DI-PERTUA 1(NYDP 1)
(Tarbiyyah)
Nur Fadilah binti Ismail

NAIB YANG DI-PERTUA 2 (NYDP 2)
(Ukhwah,Akedemik & Kebajikan)
Fadhilah binti Yahaya

SETIAUSAHA AGUNG (SUA)
Nur Shafika Abel binti Razali

SETIAUSAHA EKSEKUTIF (SUE)
(Networking:Jaringan & Perhubungan)
Nik Mohd Nur Farhan Bin Nik Asri

SETIAUSAHA ORGANISASI (SUO)
Jannatul Ulfah

BENDAHARI
(Penajaan & Kewangan)
Noor Hidayah binti Nor

TIMBALAN BENDAHARI
Nik Syafika Binti Nik Mohd Zulkiefli

Matlamat PPMUSM

“Mengupayakan kesedaran dan mencetuskan tindakan mahasiswa ke arah memartabatkan identiti serta maruah masyarakat seterusnya menjadi pelapis dan pembela masyarakat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah”


Ucapan dasar mantan YDP PPM USM 09/10 (Mohd Rahimi):

Satu Dekad PPM USM Bertapak di Bumi Minden


PPM USM bukan sekadar persatuan biasa yang hanya sekadar mengajar ahli2 belajar cara mentadbir sesebuah organisasi,belajar cara berurusan dengan golongan atasan atau golongan pentadbir,belajar membuat surat rasmi dan sebagainya. Sebaliknya PPMUSM ditubuhkan untuk mengupayakan mahsiswa/i yang lebih aktif terutama melibatkan isu2 agama dan masyarakat sekeliling, selari dengan matlamat PPMUSM untuk mengupayai kesedaran dan tindakan mahsiswa/i bagi melahirkan aktivis dan masyarakat insan madani untuk menyambung kepada perubahan masyarakat berasakan AL-QURAN & AS-SUNNAH.

PPMUSM harus bergerak dan bernafas mengikut praktis. Semangat dan kesedaran ahli harus dibangunkan dalam gelombang kesedaran yang tulen dan sebenar.PPMUSM harus mampu berfungsi dengan menggabungkan teori2 dlm praktikal,ideal n& realiti. Untuk memenuhi aspirasi ini ahli harus mengalami pengalaman bergelumang di lapangan bukan hanya dgn teori2 kosong berdentum & menjemukan yg dituturkan di bilik2 kuliah. Renungkan kata2 Pak Mohd Nathir(mantan Perdana Menteri Indonesia):

'pemimpin itu tidak lahir dari dewan2 kuliah atau bilik2 tutorial,tetapi pemimpin sejati lahir drpd kemelut permaslahan umat'


Sayyid Qutb: "Andai kata kita hidup hanya semata2 utk kepentingan diri,maka kehidupan kita bermula dari kelahiran kita di muka bumi ini dan berakhir dgn berakhirnya kematian kita di muka bumi ini. Andai kata kita hidup utk masyarakat(utk org lain), maka kehidupan kita bermula drpd bermulanya kehidupan manusia di muka bumi ini, dan berakhirnya dgn berakhirnya kehidupan manusia di muka bumi ini"

from mantan NYDP 2 PPMUSM 09/10: tahniah dan syabas diucapkan kepada semua MT2 PPM USM generasi ke-12. Semoga kalian dapat menunaikan tanggungjwab yg telah diamanahkan sebaik mungkin dan meneruskan delegasi perjuangan dlm PPM sejak 11 tahun yg lalu.......

~MERENTASI UKHWAH MEMPERKUKUH DAKWAH~