8.9.10

Salam Aidilfitri kepada semua

A'kum.....
Sudah lama benar blog ini tidak 'di update'...dek kerana line internet sudah tidak ada dan pelabagai masalah yg tdk dapat dielakkan........
jadi sebagai permulaan dalam mentransformasi blog ini,di kesempatan bulan yg mulia ini saya iaitu pemilik 'the Other Side Of Me' ingin mengucapkan:

5.6.10

oH cErItA MeLaYu.......;) :(


Rasanya dah lame aku x meaip 'something' kat blog aku ni...lepas tamat jer exam kat USM ari tu bermakna tamat sudah pengajian aku di sana. So sekarang aku sedang menunggu kerja n stiil mencari lubuk pekerjaan..Insya ALLAH..;) so sementara dapat kerja gak,aku byk menghabiskan masa di rumah menonton televisyen...haha. Bosan gak..dek kerana bosan aku dapat merumuskan ttg cerita2 Melayu termasuk citer Inonesia berdasarkuan kajian buatan sendiri.Kajian ini hanya sekadar suka2:

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta. b. Cinta 3 segi. c. Cinta 4 segi. d. Anak-anak rebut harta pusaka. e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished.
Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Pasir Gudang tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ). (ish aku tau aku kan student Pengurusan Binaan...ingat aku x tau..hahahahah)

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau
lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak atau kena kanser...hihihi

19.4.10

satu perjuangan: Tahniah MT PPM USM sidang 2010/2011(generasi ke-12)

Tahniah kepada barisan pimpinan baru Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM USM) generasi ke-12 sidang 2010/2011:

YANG DI-PERTUA
Muhamad Farid bin Mohamed Fuad

NAIB YANG DI-PERTUA 1(NYDP 1)
(Tarbiyyah)
Nur Fadilah binti Ismail

NAIB YANG DI-PERTUA 2 (NYDP 2)
(Ukhwah,Akedemik & Kebajikan)
Fadhilah binti Yahaya

SETIAUSAHA AGUNG (SUA)
Nur Shafika Abel binti Razali

SETIAUSAHA EKSEKUTIF (SUE)
(Networking:Jaringan & Perhubungan)
Nik Mohd Nur Farhan Bin Nik Asri

SETIAUSAHA ORGANISASI (SUO)
Jannatul Ulfah

BENDAHARI
(Penajaan & Kewangan)
Noor Hidayah binti Nor

TIMBALAN BENDAHARI
Nik Syafika Binti Nik Mohd Zulkiefli

Matlamat PPMUSM

“Mengupayakan kesedaran dan mencetuskan tindakan mahasiswa ke arah memartabatkan identiti serta maruah masyarakat seterusnya menjadi pelapis dan pembela masyarakat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah”


Ucapan dasar mantan YDP PPM USM 09/10 (Mohd Rahimi):

Satu Dekad PPM USM Bertapak di Bumi Minden


PPM USM bukan sekadar persatuan biasa yang hanya sekadar mengajar ahli2 belajar cara mentadbir sesebuah organisasi,belajar cara berurusan dengan golongan atasan atau golongan pentadbir,belajar membuat surat rasmi dan sebagainya. Sebaliknya PPMUSM ditubuhkan untuk mengupayakan mahsiswa/i yang lebih aktif terutama melibatkan isu2 agama dan masyarakat sekeliling, selari dengan matlamat PPMUSM untuk mengupayai kesedaran dan tindakan mahsiswa/i bagi melahirkan aktivis dan masyarakat insan madani untuk menyambung kepada perubahan masyarakat berasakan AL-QURAN & AS-SUNNAH.

PPMUSM harus bergerak dan bernafas mengikut praktis. Semangat dan kesedaran ahli harus dibangunkan dalam gelombang kesedaran yang tulen dan sebenar.PPMUSM harus mampu berfungsi dengan menggabungkan teori2 dlm praktikal,ideal n& realiti. Untuk memenuhi aspirasi ini ahli harus mengalami pengalaman bergelumang di lapangan bukan hanya dgn teori2 kosong berdentum & menjemukan yg dituturkan di bilik2 kuliah. Renungkan kata2 Pak Mohd Nathir(mantan Perdana Menteri Indonesia):

'pemimpin itu tidak lahir dari dewan2 kuliah atau bilik2 tutorial,tetapi pemimpin sejati lahir drpd kemelut permaslahan umat'


Sayyid Qutb: "Andai kata kita hidup hanya semata2 utk kepentingan diri,maka kehidupan kita bermula dari kelahiran kita di muka bumi ini dan berakhir dgn berakhirnya kematian kita di muka bumi ini. Andai kata kita hidup utk masyarakat(utk org lain), maka kehidupan kita bermula drpd bermulanya kehidupan manusia di muka bumi ini, dan berakhirnya dgn berakhirnya kehidupan manusia di muka bumi ini"

from mantan NYDP 2 PPMUSM 09/10: tahniah dan syabas diucapkan kepada semua MT2 PPM USM generasi ke-12. Semoga kalian dapat menunaikan tanggungjwab yg telah diamanahkan sebaik mungkin dan meneruskan delegasi perjuangan dlm PPM sejak 11 tahun yg lalu.......

~MERENTASI UKHWAH MEMPERKUKUH DAKWAH~