Alhamdulillah....aku kini kembali dalam penulisan blog setelah lama meninggalkan dek kerana busy ngn Exam...so entry yang aku tuliskan ini khas untuk member2 aku,abg2 aku n semua yang digelar PEROKOK x kira jantina dan peringkat umur!!!!
Sesungguhnya aku tidak berhak mengubah org lain selain mereka sendiri mengubah nasib mereka..tetapi dengan sedikit bingkisan ini diharapkan korg sume akan dapat sedikit ilmu...bukankah ingat mengingati adalah satu sifat mulia di sisi Islam????
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa
Merokok & Kesuburan Lelaki
Suatu kajian yang melibatkan 5,000 orang kaum lelaki cina menunjukkan bahawa golongan yang merokok lebih daripada satu paket sehari adalah 60% lebih cenderung mengalami masalah mati pucuk berbanding dengan golongan yang tidak merokok.
Merokok & Kehamilan
Kaum wanita yang merokok adalah lebih cenderung megalami kesukaran untuk menghamil, mengalami komplikasi semasa kehamilan serta berisiko tinggi mengalami keguguran bayi.
Suatu kajian yang dijalankan di Pusat Perinatal Biologi di California membuktikan bahawa ibu mengandung yang merokok sepanjang tempoh kehamilan mendatangkan impak negatif kepada jantung fetus.
Merokok & kesannya terhadap kanak-kanak
Asap rokok pasif (second hand smoke) mampu merosakkan fungsi arteri kanak-kanak, berdasarkan kajian Finnish yang diterbitkan dalam American Heart Association journal Circulation yang melibatkan 400 orang kanak-kanak berusia antara 8 hingga 11 tahun.
Selain itu, asap rokok pasif juga mengakibatkan jangkitan pernafasan dan masalah telinga serta serangan asma yang teruk dan berulang di kalangan kanak-kanak.
Merokok & Paru-paru anda
Kematian akibat kanser paru-paru adalah 22 kali lebih tinggi di kalangan lelaki dan 12 kali lebih tinggi di kalangan wanita yang merokok berbanding dengan golongan yang tidak pernah merokok. Selain daripada kanser paru-paru, 90% kematian akibat penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik dapat dicegah dengan berhenti merokok.
KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK
AKU BENCI ROKOK!