21.10.09

Latest: 35 sejadah mendirikan solat!!!!_(ALLAHUAKBAR......)



Okt 21, 09 6:29pm


Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA

20.10.09

KPM09/10:tErBiNaNyA uKhWaH aTaS jAmBaTaN pErJuAnGaN





Satu Perjuangan

Syukur Pada Yang Esa
Rahmat PemberianNya
Persaudaraan, Keharmonian

Jalinkan Kasih Sayang
Hulurkanlah Bantuan
Kepada Yang Memerlukannya

Mari Kita Bina Satu Ummah Majujaya
Mula Diri, Keluarga, Sahabat
Masyarakat Dan Negara

Dengan Satu Perjuangan
Satu Arah Tujuan
Di Bawah Rahmat Yang Esa

Kita Melangkah Seiringan
Satu Perjuangan

Rintangan Pasti Melanda
Jangan Undur Walau Selangkah
Teruskan Perjuangan
Hingga Ke Akhirnya
Andai Kau Gugur
Andai Kau Syahid
Kau DiredhaiNya







Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.
Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.

*Alhamdulillah...tamat sudah program Kem Penggerak Masyarakat(KPM) yg baru saja tamat(16-18 Oct 2009) di Surau Kg. Pondok Upeh,Balik Pulau,Pulau Pinang.Semoga ukhwah yg terjalin akn kekal abadi di bawah rahmat-NYA..jom lepas ni joint program2 lain lak under PPM...
SALAM UKHWAH....

10.10.09

KEM PENGGERAK MASYARAKAT(KPM 09/10)

Assalamualaikum.....Align Center


Mahasiswa Minda Merdeka Teras Membina Masyarakat Bertamadun ”


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat(PPM USM)akan mengadakan sebuah program iaitu Kem Penggerak Masyarakat(KPM) pada ketetapan berikut:


Masa : 16-18 Oktober 2009
Tempat : Batu Maung,Pulau Pinang
Bayaran : RM10.00 sahaja(jihad fisabilillah)


APA ITU KPM???

PPMUSM mengambil langkah komprehensif dalam mendekatkan golongan mahasiswa dan mahasiswi dengan masyarakat sekeliling dengan menganjurkan program Kem Penggerak Masyarakat (KPM) sebagai satu landasan atau wadah dalam merapatkan lagi hubungan silaturahim antara golongan mahasiswa dan masyarakat.

Program ini yang dijalankan di kawasan desa dan kawasan pedalaman adalah bertujuan membuka minda serta mendedahkan lagi golongan mahasiswa keadaan kawasan pedalaman bagi memperluaskan pandangan mereka terutama dalam bidang pendidikan serta bidang-bidang utama yang lain.



Disamping itu, penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam program sebegini juga dapat melatih mereka lebih peka dan prihatin dengan isu-isu semasa serta memahami peranan mereka selaku generasi berilmu untuk sama-sama berganding bahu dengan masyarakat setempat dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.



OBJEKTIF KPM

1.Mengembalikan fungsi mahasiswa selaku golongan berilmu dalam membantu dan menyumbangkan idea bernas dalam meningkatkan lagi kualiti sesebuah masyarakat bedasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

2. Memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.

3.Membentuk jati diri dalam kalangan peserta agar lebih prihatin dan sensitif dengan permasalahan masyarakat dan global.

4.Melatih dan meningkatkan kemahiran peserta untuk mendekati dan berkomunikasi dalam masyarakat.


Oleh yang demikian,PPM USM sangat mengalu-alukan penyertaan semua mahasiswa/i untuk menyertai pelbagai program yg telah dirancang pada tarikh berkenaan.


Jadi kami akan membuka kaunter untuk sebarang pembayaran,pertanyaan dan mengenali PPM USM itu sendiri pada ketetapan berikut:


Tarikh:12-15 Oktober 2009

Masa: 9.00 am-5.00 pm

Tempat:Hadapan Foyer Dewan Kuliah K


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh lah hubungi:

saya(NYDP 2 PPMUSM@pemantau KPM)

ISZUWAN(013-7572706)


Pengarah Projek KPM

Zahari(013-9549794)


Timb. Pengarah Projek KPM

Dayah(017-4181598)



Semoga dipermudahkan segala urusan....

Daripada Mayarakat Kepada Masyarakat.....