29.1.11

Finally,I'm here.....;)


Akhirnya aku disini....

Pejam celik,pejam celik dah hampir 3 bulan aku di Johor Bahru..dalam masa itu gak dah 3 tempat aku kerja..dek kerana mcm2 masalah yg aku hadapi aku pun ‘cabut’ dari company..

Itu belum ditambah lagi dah berapa banyak aku interview...rasanya dekat 13 company aku interview nak mintak kerja sejak aku habis belajar bulan 5 lepas. Dari jawatan sekecil kerani kepada la sebesar jawatan macam ‘Assistant Manager’....

Hm...baru aku tahu betapa susahnya nak cari kerja.Finally aku kini sudah bertugas di salah sebuah syarikat pendidikan di Larkin Perdana,JB.Alhamdulillah ini lah kerja yg aku cari selama ini. Bak kata org ‘kena dgn jiwa’ kita . Walaupun kerja ni tidaklah relate sangat dengan kos yg aku amik masa di USM dulu..tapi dek kerana ‘dunia mencari pekerjaan’ terlalu sengit,so jangan memilih kerja!!!!mungkin disinilah rezeki kita. Sesungguhnya setiap hambanya telah ditentukan rezeki masing2 oleh ALLAH,Cuma kita sebagai hambaNYA perlu usaha dan terus berusaha mencari....;)

......<>.......

Akhirnya aku disini.........

Alhamdulillah.....)